HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

ayat-ayat cinta
Wednesday, October 22, 2008
Posted on 5:58:28 PM | 1 Comments

sebab terpedaya dengan ja, saya tengok ayat-ayat cinta di youtube. sebab ja juga, lepas habis layan youtube, saya download novelnya di internet (ja juga yang bagi URL). saya potong-potong ikut bab, jadikan file .txt dan simpan dalam henpon. senang nak baca, sambil tidurkan anak saya baca, dalam jam (sangat lelah bawak kete manual dalam jam yang panjang) or dalam meeting pun saya boleh baca.

sekarang saya dah habis bace novel ayat-ayat cinta. pada saya filem lagi best (walaupun saya cuma tengok di youtube), lagi menyentuh hati dari segi jalan cerita. fahri lebih cool, nampak lurus dan sedikit ego, dan aisya lebih nampak tabah - aisya yang mencari maria, dan mengeluarkan fahri dari penjara untuk bernikah dengan maria, dan sempat tengok saat bahagia maria. tapi dalam banyak part, buku lagi terperinci dan lebih perasaannya.

jadi, pada saya buku tu sebagai penerangan mana-mana part yang saya tak faham. kalau mahu diulang (setakat ni belum lagi), saya akan ulang filem bukan buku (dah tahu saya memang bukan ulat buku). sebenarnya saya mahu tahu tentang banduan yang satu sel dengan fahri di dalam filem. lain sungguh dari buku.

dan saya tahu ada banyak sebab cerita ni berjaya (walaupun saya terlambat membacanya). salah satunya ia penuh dengan ilmu, dan mengajarkan ilmu.

nota: gambar juga dirembat dari blog ja. tq ja. ja kalau ade anak lelaki lagi, harus dinamakan fahri ni.. hehe..


Corat-Coret, Fiction | 1 Comments
 

iamja says ...
  aku setuju ngan komen ko tuh maya.. aku ada feel tgk filem dia. tgk banyak kali pun takpe.. aku bleh mengamati skrip citer dia. aku tetap nak habiskan buku dia sbb orang kata buku lagi best kan. tapi aku setuju la.. buku mengelaboratekan lagi ringkasan buku citer dia. Filem nampak visual.. dia fix. Buku kita bleh imagine muka sapa2 pun. Last2.. imagine si fahri pelakon nama fedi itu la.

aku baru terpk nak letak nama fahri hari tuh.. kalau lelaki la. Hahahha.

Reply | Posted on 10/23/2008 5:09:28 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 5 + 1 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server