HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

dari pj ke k.sel ke klang ke bangsar
Tuesday, October 14, 2008
Posted on 3:52:01 PM | 5 Comments

semalam saya accident dengan lori, bukan yang kecik, tapi lori angkut pasir yang buat construction kat area belakang taman saya duduk tu. bukan saya langgar lori, tapi lori tu yang langgar saya (tu saya kata).

tapi nak jadi cerita, raodtax saya mati betul-betul pada hari sebelumnya (harap-harap inspektor bala tak bace blog). dan paling haru, saya baru nak hidupkan roadtax semalam. aiyo!! sib baik pemandu lori tu tak nampak, kalau tak, ade point dia nak ugut saya takyah report lah kan. tapi yang bagusnya, saya dah hidupkan insurans last week.

lepas accident, saya call husband saya yang on the way ke ofis dia. saya mintak dia balik sebab saya jadi tak reti nak handle sorang-sorang. lepas bincang-bincang sikit dengan uncle driver lori tu (mula-mula dia marah, saya pun marah laa balik kan.. tapi sebenarnya uncle tu baik..) saya balik rumah. google workshop mane saya boleh hantar kereta saya ni, sambil tunggu suami balik, sambil call bank merayu suh hidupkan roadtax saya semalam juga sebelum saya boleh buat report. lepas tu baru saya ke bank untuk transfer duit roadtax ke bank. susah sikit sebab tak boleh buat kot internet or atm. kene ambik no queue kat bank, tapi cume seorang sebelum saya.

nasib baik roadtax boleh siap cepat, so petang tu saya boleh ambik roadtax di petaling jaya dan buat accident report di kuala selangor, dengan gaya roadtax saya masih hidup. hari ni semua layan kami dengan sangat baik, termasuk inspektor bala.

pagi-pagi tadi saya drive ke klang (dengan hati yang masih guilty sebab kereta saya dah tak cantik di sebelah kiri) hantar kereta saya ke workshop. suami saya ascort dari belakang, sebab saya ada gps. lepas diskas dokumen ape yang patut saya sediakan kami terus ke bangsar ambik polisi insurans (kalau tunggu post ambik masa 3 minggu), pun saya dilayan dengan sangat baik hari ini.

dan saya ke ofis.

sebenarnya kereta saya cuma kat bengkel, tapi diorang tak buat ape-ape selagi semua dokumen tak siap. harap-harap dokumen buleh siap minggu ni, terutamanya 3 dokumen di balai polis, so, minggu depan untuk kerja-kerja baik pulih dan mekap. buat mase ni, saya kena biasakan diri dengan kereta manual. dan kene ikut schedule kerja suami saya, 8 pagi ke 8 malam dan kene hantar dan ambil suami saya juga. anak-anak saya kena awal ke sekolah, dan pulang malam ke rumah.


Corat-Coret, Kisah Saya | 5 Comments
 

Sheila says ...
  Salam,

Kesian kat Maya... Harap Maya ok. Kalau akak rasanya tentu fobia nak bawak kereta...manual lak tu.
Boleh le tukar cermin depan tu sekali... Claim insurans...

Akhir kata, berhati-hati di jalan raya.

Reply | Posted on 10/14/2008 8:41:12 PM
 

maya says ...
  salam kak sheila...
ah yer..thank you..

Reply | Posted on 10/15/2008 1:05:09 PM
 

ummi365 says ...
  kenapa dah tak terima tempahan? letaklah lagi gambar2 yang dah siap tu.. cantik..nak nengok gak.

Reply | Posted on 10/15/2008 3:46:20 PM
 

iamja says ...
  tula.. 1st datang kepala aku bleh claim skali gantikan cermin depan kereta ko. alahai maya.. sian maya. takpe ada hikmahnya... mmg renyah dan leceh kalau berlaku benda mcm nie kan.
-

Reply | Posted on 10/15/2008 10:26:56 PM
 

maya says ...
  ummi365: insyaallah bila lapang2 nanti saya bukak balik. tapi tak tau lagi bila. bz sangat sekarang ni. gambar baju2 yang dah siap tu ade lagi kat blog ni. cuma kene dig lebih sikit.. heh hee..

iamja: itu ler.. baru jer buat insurans cermin last week..

Reply | Posted on 10/16/2008 7:47:05 AM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 14 + 6 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server