HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

jalan yang sempit.
Friday, October 10, 2008
Posted on 5:24:04 PM | 2 Comments

macam biasa, saya keluar rumah pukul 8 pagi. biasalah, saya perlu berdondang sayang dengan anak-anak dulu sebelum diorang ke sekolah dan saya ke ofis. tapi hari ini, jalan sangat teruk. tak tau nak buat apa, jadi saya ambil-ambil gambar. tak perlu fikirkan apa orang depan, belakang dan sebelah nak kata.

ini gambar jalan di hadapan saya. lama juga saya ikut belakang jazz ni.

dan ini pula cermin kereta yang dah lama retak. sayang nak tukar sebab kalau nak tukar nak kena tinted lagi pulak kan. kalau nak tahu, ada 5 bintang kat cermin tu.

jam menunjukkan 9:27 pagi, tapi saya masih belum lepas tol pun lagi.

saya dengar hot.fm. fafau sorang pagi ni. eh, ade jemputan, aizat.

ini suasana hari raya ke-10 di sebelah kanan. rumah cantik-cantik.

ada juga taska comel.

saya dah siapkan parcel ni malam tadi. sepatutnya saya hantar hari ni. mungkin lepas ofis. tapi sebab saya yang tersangkut di jam ni, mungkin saya terpaksa balik lewat, dan post office pun mungkin dah tutup waktu saya balik nanti.

baru saya perasan beg saya di tempat duduk belah kanan. saya turunkan. adik saya pernah nampak di depan matanya sendiri, orang pecahkan cermin kereta untuk ambik handbag di tempat duduk kanan yang mane kereta itu sedang didrive. gila!

ni suasana di tol. ramai yang cuba memotong queue. termasuk juga saya sebab saya termasuk lorong yang salah. (tengok, takde line putih kan? saya cuma ikut kereta depan. sorry)

kalau tengok kiri dan kanan, ramai sebenarnya yang memandu seorang, termasuklah saya. maka berlakulah pembaziran ruang dan minyak dan tol dan lain-lain. ada tak kenderaan yang kecik sikit dari kereta, tapi bukan motor atau smartcar? kalau masing-masing pakai kenderaan tu, mungkin ruang yang diguna di jalan raya tak lah besar sangat macam van innova depan saya ni yang baru saja memotong kenderaan saya sebelum tol tadi, yang mana pemandunya pun saya tak boleh nampak. eh, takde orang ke dalam van ni? (saya tak suka kereta berbentuk van.. err... buat masa ni)

dan ini bentuk kereta yang saya suka. rasanya tak mungkin saya pakai kereta ni, cuma harap adalah kereta seakan ni yang harganya lebih rendah. kita kene mimpi dulu, untuk aktifkan (macam aktifkan dirimu pulak) diri kita mencapai ape yang kita mimpikan. kalau pun tak sampai, yang hampir-hampir pun cukup lah kan?

dan tidak. gambar ini bukan saya ambil mase jam tadi. oh ya! saya sampai ofis pukul 10 tepat. sorry boss!


Corat-Coret, Kisah Saya, Wishlist | 2 Comments
 

jagung says ...
  aku suka baca entry ko nie.. walaupun simple.. tapi kelako.. dlm hati aku, confirm maya tgh weng. dan lagi satu dlm otak aku.. kelakar jugak maya nie.. :)

Reply | Posted on 10/14/2008 11:14:32 AM
 

maya says ...
  haha.. memang tengah weng..

Reply | Posted on 10/14/2008 4:23:46 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 19 + 9 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server