HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

melly
Thursday, October 09, 2008
Posted on 11:42:00 PM | 0 Comments

melly dah sihat. pergi sekolah pun dah tak meraung lagi. lama sangat cuti dengan mama minggu lepas kan. hari ni pergi sekolah, walaupun tercebik-cebik menahan nangis, melly boleh lagi lambai tangan kat mama.

lagi 2 hari, tepat-tepat melly 14 bulan. tapi raya kali ni melly masih tak berjalan lagi. seronok sangat dukung ngan mama lah tu.tak apa. tak penat mama nak kejar (cuma penat nak dukung). kadang-kadang melly sebut mama. cuma mama tak pasti betul-betul ke melly panggil mama, sebab melly sebut bila menangis saje. tapi melly pandai panggil papa & abang. bunyinya, appaaa.. & abbaaa..

melly suka tengok burung. tengok cat. tengok aeroplane dan tengok katun. nombor kesukaan melly ialah nombor satu. dan yang paling melly suka buat adalah salam orang bila orang tu nak balik, atau melly yang nak balik. boleh tergelak-gelak sambil bertepuk tangan lagi, walaupun sebelumnya semuanya serba tak kena. sabar jer lah.

saaaaaaayang melly.


Corat-Coret, Anak-anak Kita | 0 Comments
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 2 + 4 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server