HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

saya yang sangat bosan
Wednesday, October 08, 2008
Posted on 11:32:03 PM | 4 Comments

saya jadi sangat bosan dengan kerja-kerja saya di ofis kerana terlalu banyak perkara yang buatkan saya confuse akhir-akhir ni. sampai kaki saya juga ikut confuse bila tiba-tiba kereta meluncur semakin laju walhal saya mahu perlahan. nasib juga tiada kereta atau motor atau lori atau pemandu atau penunggang atau pembonceng yang tercedera atas keconfusean kaki saya tertekan pedal minyak, bukan pedal brake. kenapa saya rasa teruk sangat?

saya confuse sebab saya rasa sangat bosan dan pening dan penat dan rasa mahu muntah dan marah. saya rasa mahu menjahit tapi saya juga tahu ruang tamu digunakan untuk berhari raya di musim raya. suami saya kata kerja, saya kata bosan jadi suami saya kata kalau macam tu menjahitlah dan jawapan saya, saya takut bosan. saya merasa sangat confuse dengan semua benda yang cuba mengconfusekan saya sekarang ni.

ya. saya cuba buat satu per satu dan satu per satu itu juga berjalan dengan baik yang mana banyak sudah saya siapkan. tapi saya tak sanggup untuk berfikir tentang perkara-perkara seterusnya yang buatkan saya makin confuse. saya juga semakin hairan kenapa ingatan saya sangat lemah sekarang ni sampai saya tak ingat pada siapa saya serahkan barang itu, dan sekarang saya menjadi tempat tuju semua pihak. saya rasa macam semua jari menuding ke arah saya dan tunjukkan, ha.. awak salah. awak salah. awak salah. ye ye awak salah.

saya sedih.

tunggu sekejap. saya baru saje dimarahi oleh suami saya kerana dia mencuri-curi baca apa yang saya tulis di atas, cerita saya tertekan pedal minyak, sementara saya cuba menghabiskan ayat di bawah. dan sekarang dia tuduh saya jiwang pula.

saya juga confuse kenapa saya tidak suka memasak dan saya tidak pernah lagi membakar chocolate cake semenjak ada oven 4 tahun yang lepas. saya rasa sangat bosan dengan blog ni dan mahu merubah wajah blog saya ini. ok tak kalau macam ni? saya cuma mahu yang sangat simple kerana saya merasa sangat bosan.

apelah budak ni raya-raya nak bosan.


Corat-Coret, Kisah Saya | 4 Comments
 

rina says ...
  aku yang baca ni pun jadi confuse dengan ke'confuse'san kamu wahai kawan ku...

Reply | Posted on 10/9/2008 9:27:48 AM
 

maya says ...
  haha.. takpe rina..
tak semua buleh ikut confuse.. ;)

Reply | Posted on 10/9/2008 5:34:33 PM
 

Sheila says ...
  Wahhh...rumah baru. Ingatkan salah masuk rumah tadi.

Reply | Posted on 10/10/2008 7:35:59 PM
 

maya says ...
  rumah same.. langsir je tukar baru sempena raya.. hahaha..

Reply | Posted on 10/10/2008 9:03:45 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 8 + 4 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server