Sunday, September 21, 2008
Posted on 6:27:19 PM |


haaa.. syukur ni tempahan yang terakhir. saya buleh beraya dengan hati yang gembira. eh! ade lagi satu lepas raya. huhu.. lepas ni buleh jahit baju melly kalau rajin lagi. kalau tak rajin, pakai jek lah baju yang ade eh?..
ok. bila saya kata merry-go-round, memang betul-betul go round. baju ni bulat betul. yang memakai mesti nak bergaya berpusing-pusing (sangat tidak sesuai untuk wanita dewasa berpusing-pusing ketika memakai baju jenis macam ni. berdiri disebelah kipas pun tak sesuai ye).

challenge nya buat baju ni sebab sebelum ni saya cuma buat baju ni saiz 6 bulan. pattern pun senang nak buat sebab bulatan tu kecik je. yang ni pulak saiz 2 tahun. so, kene buat pattern balik. saya jarang guna kertas. selalu ukur terus kat kain. tapi sebab baju ni, bahagian dada dia cam tu, dan kain pulak bulat, maka saya memang kena buat pattern jugak.
memandangkan masa saya yang sangat padat, ingatkan saya nak tukar buat dress macam ni. tak leceh sangat. tapi nampaknya yang empunya lebih suka fesyen merry-go-round ni. lepas raya pun takpe katanya. terpaksalah saya buat, tak bestla lepas raya baru siapkan? tapi bagus juga saya terpaksa, sebab saya dapat tengok hasilnya. boleh tahan juga kan?
hari jumaat saya buat pattern. hari sabtu saya potong kain. ahad baru siap jahit. lama kan? itulah saya. itupun kira cepat. kadang-kadang, seminggu 1 task je saya buat. cepat lambat bergantung kepada keterujaan saya. lebih saya teruja, lebih cepat lah saya buat.
rugi pulak rasa hari tu saya beli kain ni cuma 1 meter suku. patutnya saya beli banyak meter.. buleh buat kat melly satu baju cam ni. tapi, sikit je tinggal, buleh buat peasant blouse saje. itu pun kalau tak terkecik untuk melly (nak jugak tu :p).
Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner |
6 Comments