HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Tutorial - Baju Kurung Teluk Belanga
Monday, August 18, 2008
Posted on 9:45:06 PM | 36 Comments

memandangkan raya pun nak dekat, saya rasa, elok juga kalau saya share kan sedikit cara-cara saya membuat baju kurung teluk belanga. harap ini dapat membantu untuk mak-mak, ibu-ibu, mama-mama, mommy-mommy di luar sana yang teringin nak buatkan baju kurung untuk si anak kecil bergaya di hari raya.

saiz untuk hasil nanti ialah:
bahu: 9"
panjang baju: 17"
panjang lengan: 9"
panjang kain: 17"

satu kotak line biru tu dianggap 1". so, potong kain ikut garisan lurus tu. garisan dashed tu untuk jahitan atau lipatan.

pattern yang ade ni untuk kanak-kanak berumur 1 tahun. so, untuk 1 tahun, kain semeter tu cukup-cukup saje lah. cara mengambil kain untuk dipotong pun kena diambil kira juga. kalau tak, tak cukup semeter tu.

lepas kain dipotong, silalah dijahit tepi untuk semua bahagian tepi kain (kecuali lubang leher tu). biasenya, saya cuma buat lubang leher lepas semua dijahit tepi.

ok. kita mulakan dengan bahagian badan.

biasanya, saya cuma buat 2 lubang leher berbentuk bulat berdiameter 4", satu pada badan dan satu pada kain lapisan.
nota: lebihkan bulatan ke bahagian hadapan baju.

potongkan belahan di bahagian hadapan hanya pada bahagian badan. lapiskan kedua kain tu, pinkan, dan jahit ikut garisan dashed tu. lepas kedua kain tu melekat, baru potongkan belahan hadapan pada kain lapisan. ini sebenarnya untuk memudahkan mase kita menjahit. kalau nak potong dulu belahan depan pada kain lapisan tu sebelum dicantum dengan badan pun boleh juga.

lepas tu, buangkan bahagian tepi kain lapisan tu, ikut bentuk jahitan yang dijarakkan dalam setengah inchi. kalau nak buat mata lalat atau tulang belut (hiasan leher pada pinggir bualatan dan belahan) sebelum potong lebihan pun boleh juga. biasanya saya memang buat mase ni. senang nak handle. lepas dipotong bahagian lebih tu, jahit sembat halus pada sekeliling leher dan belahan. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing baju iaitu ‘rumah kancing’ dengan menggunakan jahitan benang yang dinamakan jahitan ‘insang pari’.

setel bahagian badan, kita buat pesak pulak.

       

untuk baju kurung kedua pesak disambung pada bahagian yang lurus (bukan yang dipotong serong - kalau baju melayu lelaki, memang dicantum pada bahagian serong). jahitkan mengikut garisan dashed, dah tinggalkan 2 setengah inchi pada bahagian atas (bergarisan merah pada gambar). lipat kekek menjadi bentuk tigasegi. ini dipanggil ‘kekek sapu tangan’.

cantumkan kekek dengan pesak seperti gambar di atas. siaplah sudah bahagian pesak.

sekarang kita kena cantumkan bahagian pesak dengan bahagian lengan pulak. bahagain lengan ni, ikutlah, kalau nak lengan tu kecik sikit dibahagian hujung lengan. atau pun, nak sama lebar atau lebih besar dari pangkal lengan. ikut selera sendiri.

ulangkan pada pesak, kekek dan lengan yang satu lagi.

bila dah siapkan, boleh cantumkan pesak ke badan macam gambar bawah ni.

jahitkan di bahagian depan dan belakang, kiri dan kanan. maka nampak dah rupa baju tu. lipatkan bahagian hujung baju dan lengan selebar 1" ke dalam dan dijahit sembat. maka siaplah sudah baju kurung untuk sikecil yang comel.

ok. kita ke bahagian kain pulak.

cantumkan kain menjadi sarong. lipatkan bahagian bawah kain sebanyak 1/2" kedalam dan jahitkan.
lipatkan sebanyak 4 lipatan di bahagian tepi (bahagian cantuman kain), satu lipatan adalah selebar 2". ini dipanggil ikatan ‘ombak mengalun’. jahitkan di bahagian atas lipatan sepanjang 4" dari bahagian pinggang supaya lipatan lebih kemas. letakkan getah di bahagian pinggang mengikut saiz pinggang sicomel.

maka, siaplah sepasang baju kurung raya untuk si adik manis.
selamat mencuba!

Update: Cara-cara memotong leher baju


Made by Maya, ~ Craft Tutorials, Baju Kurung | 36 Comments