HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

naik minyak
Thursday, June 12, 2008
Posted on 8:33:41 PM | 2 Comments

yer.. pasal minyak. lepas seminggu minyak naik.
aku dah sekali isi minyak lepas minyak naik. tak berapa full tank lah, tapi dah cecah satu ratus. sigh. nak buat cemane, kalau tak isi minyak, cemane nak bergerak.

ni rancangan aku sebelum ni: 1. IKUT JALAN DALAM

kalau ikut jalan dalam, jarak perjalanan kurang 10km dari hiway. so, aku dah save banyak minyak. dan pulak, aku tak boleh pecut. orang kate kalau tak pecut, boleh kurangkan penggunaan minyak, dan sgt bagus kalau aku ikut pemanduan berhemah. dan paling penting, aku dapat jimatkan kos tol. cuma rm1.60 satu perjalanan, compare to rm4.30 satu perjalanan kalau ikut hiway.

hari kedua, mase balik, aku terlupa. aku ikut hiway dan aku pun memecut. rase rindu kat anak-anak lebih dari apa yang aku fikirkan pasal minyak.

hari selasa lepas, jalan ke ofis jem yang tak pernah2 jem macam tu. so, aku buat u-turn & ikut hiway cam biase. try tak pecut. so, sampai ofis on time. so nak cover balik, balik ofis tu aku ikut jalan dalam. tapi ade accident. aku stuck lagi kat jammed. aarrgg.. masa tu aku fikir, aku lagi rela bayar tol dari duduk kat jam yang macam tu. eerrr.. end up, bukan ke minyak yg keluar mase engine hidup dalam jam tu & tersekat2 tekan brake tu, boleh cover balik minyak aku memecut kat hiway? bila jammed, sampai rumah pun lambat, kene pulak bayar OT kat neseri anak-anak.

hari rabu semalam. aku takut nak ikut jalan yang jam sebelumnya. so, aku ikut hiway. aku rasa tak banyak beza pun antara pecut dah tak pecut kat hiway. berbanding beza aku ikut jalan jammed dengan yang tak jammed. sebab, tiap kali aku isi minyak, aku kan 0 kan meter A aku. Dan aku akan isi minyak balik bila dah dekat 600km. Dan aku memang perasan, kalau jammed, nombor tu baru 500 lebih lampu minyak dah menyalo..

so, hari ni aku akan ikut hiway macam biasa. takde jammed, takde orang potong queue, hati pun tak sakit. boleh sampai awal ke rumah. duit lebih yang aku bayar tol tu boleh cover duit OT anak-anak aku kat neseri. anak-anak aku balik rumah cepat, diorang pun happy.

so, sekarang aku kena ikut cara lain pulak: 2. BOSS KENA NAIKKAN GAJI!


Corat-Coret, Kisah Saya | 2 Comments
 

DANIA/Gee says ...
  yes yes sokong2.

pastu cara lagi. skip lunch. breakfast bawa dari rumah. hehehehehe.

pastu lunch/bekpas semua tak yah gi jejauh naik keta.

tukar gi NGV. ermm my sis nak tuka. dah q tunggu kena panggil je. phewwww punya ramai org beratur. ermmmm

kalkulator rosak. kena pakai jari kaki dan tangan la

Reply | Posted on 7/10/2008 12:15:27 PM
 

maya says ...
  yer yer.
tadi i skip lunch. pas habis bendera merah buleh puasa lak. breakfast mmg bawak dari rumah (air kotak.. heheheh)..

tukar ngv? belum lagi laa.. tempat i susah cari ngv station..

bagus kalkulator rosak. i nak dalam sebulan ni u tere congak.. lepas u dah tere, suh bebe d congak pulak. biar dia pun tere.. :D

uih.. senangnya soalan.. 8+1

Reply | Posted on 7/10/2008 12:24:05 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 14 + 3 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server