HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Doakan Anak Bila Teringat
Wednesday, February 20, 2008
Posted on 10:07:54 PM | 2 Comments

Aku dapat ni dari forwarded mail.. worth reading..

Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap doa akan Allah makbulkan. Begitu juga doa memainkan peranan didalam usaha kita menjayakan, membentuk dan membangunkan anak-anak yang berjaya didunia dan akhirat.

Pada lazimnya, orang akan berdoa untuk anak mereka ditempat tempat tertentu. Mungkin doa dilakukan selepas sembahyang. Bagi yang menunaikan haji atau umrah, doa dilakukan di hadapan Kaabah.

Saya percaya semua anda bersetuju jika saya katakan kita selalu teringat kepada anak anak kita pada masa masa yang tidak kita jangkakan. Mungkin kita teringat pada masa kita sedang bekerja, sedang memandu dan mungkin juga semasa
membeli belah.

Oleh itu, kenapa tidak kita berdoa sebaik sahaja kita teringat kepada anak anak kita. Kita tidak perlu tunggu di tikar sembahyang baru kita mahu berdoa. Jika kita teringat anak anak semasa kita memandu, maka berdoalah untuk mereka.

Doa ringkas yang anda perlu lintaskan didalam hati mungkin berbunyi demikian

"Ya Allah, jadikan anak anak kami anak yang solehah, bijak, cerdik dan pandai. Jadikan mereka sebagai mujahid-mujahid mu. Berikanlah kejayaan pada mereka didunia dan diakhirat."

Doa tersebut adalah pendek dan ringkas, yang insyallah akan merangkumi kehidupan anak anak kita didunia dan diakhirat.


Corat-Coret, Motivation | 2 Comments
 

iamja says ...
  aku suka baca nie.. sat nak salin... aku pun selalu ingat anak2. tapi bila teringat, telefon. especially bila time dorang sakit kan. selalu la tingat ok ke tak..

Reply | Posted on 7/10/2008 12:15:27 PM
 

fahyda says ...
  terima kasih kerana berkongsi idea... mmg betul kadang2 kita ingat anak kita pd masa yg x dijangkakan... hanya doa yg dikirim kan supaya anak2 kita selamat dunia akhirat! InsyaAllah

Reply | Posted on 7/10/2008 12:15:27 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 14 + 4 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server