Sunday, February 03, 2008
Posted on 6:07:42 PM |


odie bagi aku kain ni. kain ni jarang-jarang. yang aku tahu aku kena buat lining. design aku tak tau nak buat cemane. odie kate dress mek dah banyak. jadi, dress aku kena ketepikan. ape aku nak buat dengan kain ni yer? blank sudah. takkan aku nak buat baju kurung. nak ke mek pakai nanti?
"ko simpan laa dulu kain tu bawah meja ko. mane tahu buleh beranak. aku dah malas tengok kain ni bawah meja aku" hehe..
aku tak tahu lagi ape nak buat. kalau buat dress, lame dah siap ni. jadi aku peram lagi. yang penting aku kena cari kain kosong same kaler. jumaat lepas cuti hari wilayah, baru berkesempatan cari kain kosong warna biru laut bersama-sama kain lain-lain. (iklan: sape-sape nak kain-kain bawah ni sila bagitau yer)

aku sebenarnya nak menyulam. tapi sebab kain ni dah lame sangat, sian pulak kat odie & mek aku buat tak tahu aje kan. jadi aku buatkan jugak. lepas 2 pasang aku siapkan, kaler perpel & kuning, hari ni aku berkesempatan buat yang ni.

Bermula dengan acara padan-memadan, ukur-mengukur dan potong-memotong. aku sebenarnya berkenan kat design skirt yang aku tengok satu mase dulu kat BO. tapi aku tak buleh buat pakai kain ni sebab kain ni jarang. jadi, aku agak-agak saje.

aku tak tahu odie setuju ke tak, tapi aku buat skirt dari kain ni. aku cuma buleh berdoa yang odie & mek suka saje. aku tak buat seluar panjang sebab aku dah buat 3 seluar panjang.. haha.. oke ke odie?
sebab ade lagi lebih kain ni, aku buat lah baju ni.

maka inilah sudahnya. suka tak?

lepas ni baru aku buleh sulam pulak untuk mek & arissa.
Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner |
6 Comments