HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Aku tertipu (kerana sebiji mentol)
Saturday, February 02, 2008
Posted on 1:48:34 PM | 0 Comments

aku cari mentol lampu tu sendiri, bila aku ingat, waktu aku lalu kat kedai tu.
memang terkebil-kebil aku waktu orang tu bagitau harga mentol sekecil tu. tapi sebab aku fikir mungkin sebab jenis gitu & special untuk mesin jahit aku, jadi aku bayar jek lah.

tapi mentol tu aku tak boleh pakai, atas sebab-sebab yang dah aku nyatakan pada entry lepas. semalam aku pergi lagi ke kedai tu. kali ni dengan papa. biar dia tengok aku ade bodyguard. tak boleh dia nak main-mainkan aku lagi.

malangnya, dia tak ade kat kedai. "dia ade malam je".
adeh! sebenarnya aku deal ngan dia jek. dia jual sendiri mentol lampu tu. bukan kedai tu yang jual. patutlah semalam dia kate dia ambik dari kereta. (entah-entah dari kedai sebelah)

papa ajak pegi ke kedai barang elektrik kat sebelah. tunjuk mentol lampu aku yang dah terbakar (kali ni aku tak nak salah lagi). "ade. ade." kate tokey cina tu. "satu ringgit setengah." gulp. aku telan air liur. kitorang keluar dari kedai tu.

"semalam mama beli sepuluh ringgit", aku pecahkan tembelang. tak baik tau orang kat kedai yang aku pegi semalam tu. dahlah aku dah habiskan hasil duit kutu aku kat situ hari tu. dah lah aku tak ade bonus. dia buat aku cam ni.

"kih kih kih", papa gelak kan.
"aahh!! tak kira. papa kena ganti balik sepuluh ringgit tu. sebab mama dah lame mintak papa tolong carikan mentol lampu tu. tapi papa buat tak tau jek."
"nah laa.. ambiklah mentol lampu ni free. same jugak nilainya. sebijik mentol."
huwaaaaa!!!

balik rumah. tukar mentol lampu mesin tu. aku buat sendiri ler.. tunggu papa kurun ke lima lah kot baru nak buat. tak nyala jugak. aku fed-up. biarlah bergelap pun. dah sebulan lebih pun aku bergelap. ok je. aku tenangkan diri aku dengan riak. haip! tak baik riak.

tadi, balik dari beli sarapan, papa kata nak tengokkan mesin jahit aku. tengoklah. sekali tu, lampu dah nyala.
"aik? cemana papa buat?" aku buat-buat tanya.

"beli mentol lain lah."
"aiyooo!!!!"

tak apelah mungkin ade yang tak kena pada aku. sebab tu duit sepuluh ringgit tu tak de maknenye dalam hidup aku selain kena tipu. mungkin jugak sebab duit tu sebenarnya rezeki orang lain yang cuma menumpang lalu di dalam wallet aku.

(atas sebab-sebab tertentu, aku tutup dulu kedai aku yang kat sini tu. mungkin lain kali aku bukak balik. belum tahu.)


Corat-Coret, Kisah Saya | 0 Comments
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 12 + 6 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server