HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Cerita dulu-dulu
Saturday, December 29, 2007
Posted on 11:42:02 PM | 0 Comments

tahun baru datang juga.
tak de ape. cume teringat dulu-dulu.
kadang-kadang kita mahu jam tu berputar melawan arah.
bukan kadang-kadang. selalu.

cerita bawah ni, cerita dulu. cerita 2005.
aku ambil dari "aku di tempat lain".

---

19.07.2005. papa papa

"iman sayang mama?"
"papa"
"iman sayang mama tak?"
"papa"
"ma-ma"
"pa-pa"
"mama"
"papa"

adoi... iman semenjak dua menjak ni memang semua papa. segala-galanya papa, sambil sengeh-sengeh tengok papa. kadang kadang pa. kadang-kadang papa, kadang-kadang papapa...

kalau aku panggil papa pelan dan papa tak dengar, iman akan panggil kuat sikit.
"papaa.." dia jerit. papa buat tak tau lagi..
aku panggil lagi kuat dari iman tadi. pun papa masih buat tak tau lagi.
kali ni suara iman memang betul-betul kuat..
"paaaaaaa...." kuat, nyaring dan panjang.

"iman, sebut laa mama"
"papa"
"mama laa"
"papa"

aku tepuk tangan. encourage dia suruh sebut papa lagi. ambik kesempatan depan papa tanya iman macam-macam.

"malam-malam kalau iman nak susu, iman nak sapa buat?"
"papa" iman jawab dengan yakin. aku tepuk tangan. iman senyum puas hati.
"sapa basuh be*ak iman?"
"papa" moncong papa dah panjang. aku tepuk tangan lagi. iman senyum lagi.
"sapa budak busuk?"
"papa"
"kalau iman nangis sape pujuk?"
"papa"
"sape mandikan iman?"
"papa"
"kalau iman nak makan cari sapa?"
"papa"
"iman nak tidur dengan sapa?"
"papa"

hehehe.. mama boleh goyang kaki..

---

sekejap saje. 4 hari lagi elman masuk sekolah.
mama masih belum ajar elman IT lagi.
mama nak elman tahu IT. itu azam tahun baru.


Corat-Coret, Kisah Saya | 0 Comments
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 8 + 2 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server