HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Hujung minggu kita ke Melaka
Sunday, December 23, 2007
Posted on 5:17:26 PM | 0 Comments

Cuti 5 hari. Lepas beraya ke rumah atok & mbah, kami ke Melaka. Syokkk!! Sebab tahun ni ni lah first time kitorang pi vacation. Hah haa.. ari tu pi anta Hasra kenduri tak ke mane-mane pun. Just ngantar, pas tu balik. Tak larat sebab perut dah besar. Memang niat kitorang lepas Dahlia lahir, nanti kita datang lagi. Sini gambar jalan-jalan ke Melaka.

Sampai-sampai je dah petang. Pas Maghrib, terus pi Umbai. Dekat je ngan umah Hasra. Tak sampai 10 minit sampai. Tu syok tu... sampai-sampai tak ramai orang. Order segala macam seafood. Memang puas hati makan kat situ. Makanan sedap-sedap giler. Lain kali memang ulang kedai tu jugak lah. Tengah-tengah makan, pusing keliling, orang punye lah ramai. Mula-mula adik okey. Dah lame-lame tu, start ler engine dia. Sib baik mama dah siap makan... Pas tu ape lagi, angkat kaki laa balik. Sampai rumah baru adik diam.

Esoknya pi Zoo Melaka. Pun syok jugak. Sebab sampai-sampai kitorang tengok animal show dulu. Memang terhibur. Pusing-pusing zoo.. Elman laa excited sekali, first time pegi zoo. Tengok zirafah, elephant, tiger, monkey, kude, burung & macam-macam lagik laa... Sib baik mase kitorang ronda zoo tu mendung je. Tak panas, tak hujan.. Tapi kitorang balik je, terus hujan lebat..

Hari ni Ahad, tak lain dan tak bukan, mendobi lah. Sib baik ari tu, sebelum ke Melaka, sempat singgah mendobi dulu. Kalau tak jenuh nak cari tempat menyidai. Sambil tu, sempat gak buat skirt adik ni. Saje je nak menyorokkan peha adik yang gebu tu bile pakai rompers. Walau hakikatnya, adik suka selak kain... tak pun, dia buat ba ba cak jek skirt tu.. kadang-kadang dia kunyah-kunyah aje. Sedap agaknya.. adeh..


Corat-Coret, Travelog, Kisah Saya | 0 Comments
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 6 + 1 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server