HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

My Dream Lil Shoppe
Sunday, December 09, 2007
Posted on 8:03:41 PM | 3 Comments

Jumaat lepas, balik kerja, singgah KFC, take away 2 snack plate, 1 original 1 spicy. Haha.. tu pun nak cerita. Balik rumah, cakap kat papa.. "Ni lah hasil kerja mama menjahit." Papa gelak jea. "Nape gelak? Kelakar ye?" "Takde ape.."

Semalam kami borak lagi. Errmm.. lebih pada berangan. "Mama jahit banyak-banyak. Nanti boleh bukak kedai. Boleh bukak cawangan. Tak payah banyak, 2 je cukup. 1 kat KLCC, 1 kat Mid Valley." Hahahaha.. Gelak-gelak lagi. "Jangan harap!" Aku kata. "Lari konsep. Kedai mama tak ade kat KLCC. KLCC sewa pun mahal. Baju pun kena jual mahal." Adeh.. padehal nak siapkan 1 baju pun terkial-kial.

Semalam gak aku call company kat Jln Klang Lama, pasal cloth label. Adeh. Dia cuma nak buat 10k label saje. Kurang dari tu tak nak. Giler ape nak kena jahit sampai 10 ribu baju. Silap-silap aku buat baju jek label tu. (Eerr.. 10 ribu tu, harga dia 45 sen satu, boleh? Lagi mahal dari mesen jahit aku cam tu..)

Hari ni aku berjaya bukak kedai idaman aku sebab aku dah ade barang walaupun cuma satu. Hahaha.. Boleh lah.. nak poyo. Baju bawah ni lah barangnya.

Saiz untuk 1 tahun. Aku tak buat untuk Dahlia sebab aku rase Dahlia kecik sangat nak melaram pakai baju macam ni. Kalau dah boleh duduk ke ok gak kan.. Dah jalan lagi cantik. Lagi pun, banyak (banyak ke? Huhu) lagi gaun Dahlia belum pakai lagi.

Bawah ni pulak gambar Dahlia pakai baju ballet tu. Ni on the way balik kampung atok. Gambar tak memuaskan sebab kamera rosak. Jadi macam pink-pink gitu. Bila nak beli kamera baru ni papa?

Arrgghh.. Tiba-tiba teringin nak lepak kedai mamak minum teh tarik pulak. Lame tak buat cam tu malam-malam.


Corat-Coret, Kisah Saya | 3 Comments
 

mom2que says ...
  I know one factory in JB bole produce small quantity of labelling tag (ard 200pcs). Email dia kkfm@kklabels.com. Nama Ms Tan. No phone lupa plak.. Worth trying la..

Reply | Posted on 7/10/2008 12:15:27 PM
 

maya says ...
  tq so much mom2que.. dah hantar email.. tunggu dia reply. thanks again..

Reply | Posted on 7/10/2008 12:24:05 PM
 

mom2que says ...
  sure no problem.. nice work btw.. all the best! :)

Reply | Posted on 7/10/2008 12:15:27 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 12 + 9 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server