HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Baju Ballet
Wednesday, December 05, 2007
Posted on 11:56:50 PM | 0 Comments

Dulu, bila ke kedai nak makan tengahari, weekdays, kitorang selalu lalu satu kelas ballet ni. Kat luarnya ada digantung baju-baju ballet. Ada satu baju yang sangat simple, tapi menarik perhatian aku. Sejak tu aku berangan-angan nak jahit baju macam tu kalau aku ade anak pompuan.

Hari ni angan-angan aku yang itu dah terlaksana, walaupun lari sikit dari landasan. Tapi konsep tetap sama. (Errr.. macam unifom pun ade, kan?... layan!)

Baju yang tergantung kat luar kelas ballet tu of coz lah kain satin, kannnn. Yang aku buat ni cuma pakai kain kapas. Tapi kaler putih tu tetap same lah. Yang aku buat kotak-kotak bunga biru tu, untuk baju asal, plain pink (of coz jugak laa kan) & hujung kain tu, baju asal tak letak kain tambah cam tu. Aku saje pandai-pandai tambah sebab nampak macam plain sangat.

Aku happy sangat hari ni, walau pun dah ku korbankan CSI semata-mata untuk baju ni yang entah-bila-pun-Dahlia-nak-pakai-aku-pun-tak-tahu. Yang penting aku dah hasilkan baju ni yang dah bertahun-tahun angan-angan tu aku simpan.

And gambar bawah ni is the next project. Ini pun aku happy sangat-sangat sebab dah berhari-hari aku browse page minah saleh ni nak cari kot-kot dia ade buat tutorial untuk buat bunga ni. Tapi hampa dan kecewa. Aku tak jumpa. Tadi aku tinggalkan comment kat flickr dia tapi dia tak jawab pun lagi. Kesian aku.

Tapi....... aku berjaya gak buat, walaupun aku tak berapa nak pasti betul ke cara aku buat. Alaaa.. yang penting, akan-akan pun layan.


Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner | 0 Comments
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 13 + 3 =
 

 
Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2018. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server