Sunday, December 02, 2007
Posted on 11:24:19 AM |

Aku memang teringin nak buat lengan macam gambar ni (sorry... lupa mane aku cilok gambar ni). Apalagi tengok si budak cute ni. Alahaiiiiii... sweetnyaaa..
Jadi semalam, selepas mengaktifkan diri menjalankan tugas sebagai penyokong setia futsal RND, aku cuba memberanikan diri, mengagak macammana nak buat leher & lengannya. Tapi.. adeh.. susah gak. Cam jadi pelik pun ade gak. Setelah sedikit cubaan yang aku buat, dari baju ni panjang dah jadi paras lutut, inilah hasilnya.
Oklah kot untuk permulaan. Bila dah sarung kat Dahlia, much better lah.. takde lah pelik sangat.
Tapi hat ni aku tak berani nak buat kat orang lagi. Sampai aku tau macammana cara sebenar nak buatnya...
Bila aku dah update kod & upah tu tandanya aku dah sedialah tu.. :P
Update malam:
Ke Nagoya petang tadi. Dapat kain kotak-kotak ni, untuk jadikan seluar pada baju nih.
Belum try kat Dahlia lagi... sebab Dahlia tengah tido.. ZzZzZzZzzzzzzz.....
Made by Maya, Dahlia Dress, Sewing Corner |
2 Comments