HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Si Tukang Jahit Maya
Friday, November 30, 2007
Posted on 10:09:59 PM | 1 Comments

Aku menjahit sebagai hobi. Masih, kerja makan gaji aku yang utama. Sebab tu aku charge ala-kadar, lepas modal. Sebab ini hobi aku, dan aku suka, yang penting aku sayang hobi aku ni, di samping aku dapat belajar dan mempertajamkan ilmu aku. Kira win-win situation lah kan.

Jadi, aku dah labelkan upah jahit untuk tiap baju yang aku berani nak ambik upah, tanda aku dah confident nak jahit baju orang sekarang. Haha.. macam tak pernah. Pernah gak, dulu-dulu mase student. Jadi, customer pun student, jadi takde lah nak cerewet sangat. Baju kurung aje.

Lepas dah kerja aku dah jarang-jarang jahit baju. Bila adik aku dah pandai jahit, aku upah dia je jahit. Sebab tu mesin jahit aku tersadai je kat stor.

Bila dapat anak pompuan, mula aku teruja tengok gaun budak pompuan kat shopping mall. Comel-comel sangat. Geram aku tengok. Tapi harga, adeh... Selai dua oklah.. Tapi bila tengok semua cantik-cantik macam nak beli semua. So, aku usahakan untuk jahit sendiri. Walaupun guna kain murah-murah jek. Takde hal lah untuk diri aku dan keluarga aku. Haha..

Sekarang aku nak concerntrate buat baju kanak-kanak perempuan sahaja, termasuklah baju kurung. Tengah cari-cari design kat internet. Banyak yang aku suka, sampai tak tau nak buat mane dulu. Ikutkan, aku suka yang simple jea. Kalau berminat, sila email atau YM di mayacaz@yahoo.com.

Jumpa lagi!


Corat-Coret, Kisah Saya | 1 Comments
 

aini says ...
  mesin jahit 2nd hand nk carik mane eh?

Reply | Posted on 7/10/2008 12:15:27 PM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 10 + 8 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server