HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

It's finger lickin' good
Tuesday, October 23, 2007
Posted on 7:02:06 PM | 0 Comments

Asal ceritanya Elman ikut mbah beraya mase raya ke-6 hari tu. Balik beraya, lalu depan KFC. Elman cakaplah kat mbah dia nak KFC. Elman ni biase lah, semua benda kalau boleh dia nak. Jadi, tidaklah mama or papa or mbah ikutkan sangat.

Tapi tak sangkalah pulak, sampai rumah mbah Elman buleh mengamuk macam tu sekali. Sejam lebih lah jugak. Tak pernah mama tengok Elman mengamuk cam tu. Mbah sampai cakap, kalau tau nak ngamuk camtu, memang ler diorang singgah KFC tu. Tapi sebab dah ngamuk cam tu tak de ler nak pegi balik. Takut nanti Elman guna cara tu selalu kalau nak apa-apa.

Sib baik tak lama pas tu papa sampai. Memang papa je yang pandai pujuk Elman. Uih...

Esoknya, pagi-pagi Elman tuntut lagi KFC, mase on the way balik ke rumah. Terpaksa kami lalu depan KFC tu & tunjuk KFC masih tutup pagi-pagi camtu. Lepas tu hari-hari Elman mintak. Macam-macam alasan mama & papa bagi. Lagi pun mama & papa sibuk ngemas rumah yang dah lame tinggal. Nasib baik Elman tak ngamuk lagi.

Sampai lah semalam. Tercapai hajat Elman kat Tesco Mutiara Damansara lepas 4 hari Elman mengidam. Sebenarnya Elman takde lah suka sangat makan KFC tu, popper ke nugget ke pun tak pernah habis. Fun fries pun makan sebatang dua jek. Apatah lagi ayam seketul. Yang dia makan habis cuma roti seketul. Entah ler... saje suka-suka dia kot.

**Entry ini tidak ditaja. :D


Scrapbook, Gallery, Anak-anak Kita | 0 Comments
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 8 + 9 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server