HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Scrapbook Non Ado
Friday, July 27, 2007
Posted on 12:38:19 AM | 0 Comments

Dah tengah malam ni. Tapi biase lah.. tengah-tengah malam ni la idea tengah naik. Anak aku pun dah tido. Tinggal yang dalam perut ni je dok gerak-gerak temankan aku.. Sekarang ni memang aku susah nak tido malam. Esok pagi mulalah kena tongkat mata nak bangun pagi.. Adoii..

Aku nak cerita cemane aku leh terjebak kat dunia realiti fantasi scrapbook nih. Page ni pun aku dah ubah 100%. Kali ni aku buat simple jek. Layout simple. Coding pun simple jek. Senang aku nak handle.

Ok. Macam ni ceritanya.. Asalnya ade lah mak-mak budak ni (merujuk kepada MJ) cerita pasal scrapbook. Aku pun blur. Setahu aku scrapbook ni yang kitorang dok buat-buat mase form 3 & form 5 dulu. Cemane sekarang ade scrapbook lak. Pas tu aku pun soal siasat diorang nih. Then aku google lah. Almaklum.. memang laa aku keje IT, tapi aku IT untuk keje jek.. Tak perasan alam sekeliling.. Hohoho.. aku suka.. aku suka..

Walau pun aku tak ler kretip sangat.. tapi ade lah bakat sikit-sikit.. Bakat yang aku asah sejak aku sekolah rendah.. menang pertandingan lukisan ada.. pertandingan tulisan sambung ada.. pertandingan tulisan jawi aku tak menang sebab cikgu aku kate, tak boleh laa aku bolot semua. Ok laa tu kan.. Mase sekolah menengah aku tak pernah lah menang tapi ade gak laa lukisan aku tertampal kat dinding kelas. Bangga siut. Aku buat lukisan batik. Join buat kulit majalah sekolah. Cikgu aku dok puji-puji kunon.. tapi tak menang pun. Tapi aku tak pernah ambik exam subjek lukisan sebab aku tak harap sangat ngan bakat aku.

Setakat aku lukis-lukis pakai crayon & water color pastu tampal kat locker asrama ade laa.. Tapi aku suka.. tulis-tulis surat dengan sepupu aku, siap lukis-lukis, tampal gambar entah ape-ape lah.. kunon-kunon macam cantik laa.. Tapi ok lah kan.. aku selalu dapat surat yang envolope dia saiz besar & ade design-design kat envolope. Bangga lagi. Tu kakak sepupu aku yang buat. Paling tidak aku tertiru gaya dia. Aku simpan gak hasil kretiviti kakak sepupu aku tu, banyak tu.. tapi tak tau laa ape khabar khazanah tu sekarang, sebab sekrang ni rumah mak ayah aku kat kampung tu selalu diserang anai-anai. Nak-nak kertas-kertas cam tu.. lagik laa suka sang anai-anai..

Lepas tu mase form 3 & form 5 masing-masing sibuk sediakan scrapbook. Biase ler, nak exam. Tension kunon.. pas tu kan memang sayang nak tinggal alam sekolah.. Ha!! Scrapbook masa form 5 aku masih simpan lagi. Sayang sangat. Masa tu masing-masing tunjuk hasil kreativiti. Yang tak reti pun jadi reti. Tak kisahlaa kan.. janji ado..

Jauh dah aku cerita pasal zaman sekolah. Sejak tu aku dah tinggalkan hasil seni aku. Aku join IT. Hi-tech laa kunon. Baru ni aku jumpe balik perkataan scrapbook tu. Wah! Syok siot! Dari sini lah aku asah balik sisa-sisa bakat yang non ado tu.. Banyak jugak skill aku dah belajar.. Semangat tu. Entahlaa.. mungkin sebab aku tengah pregnant anak pompuan kot. Jadi seni-seni pompuan tu ade. Tak tau laa lepas besalin nanti aku jadi malas pulak.

Hehe.. panjang dah aku melalut. Akan aku teruskan usaha di lain waktu..
Tidurlah wahai sang mata.. Ok. Gud nite... sweet dream..


Corat-Coret, Kisah Saya | 0 Comments
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 18 + 5 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server