HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Bila baby nak keluar?
Thursday, July 26, 2007
Posted on 4:36:37 PM | 0 Comments

Hari-hari Iman tanya soalan sama. Bila baby nak kular (ni sebutan Iman), mama?
Tak lama lagi keluar laa.. mama jawab.

Pernah sekali tu dia main lompat-lompat kat atas tilam. Aku tengah baring kat sebelah.
"Iman jangan lompat macam tu la. Nanti kena mama, baby tekeluar nanti."
"Ha! Cepat la baby keluar. Cepat! Keluar!" Iman jerit. Adoilaa anak aku.

Hari-hari dia dok layan baby dalam perut. Bacakan majalah la. Suruh cop nak gambar mana laa kat gambar-gambar model CERIA dia tu.
"Haa... baby cop Bob Bider ye. Boleh?"
"Boleh..." Iman jawab sendiri.. pas tu jerit.. "Mama! Baby kata boleh" Haa.. yo lah tu.
"Iman cop Afi dan Abah. Papa Mat Kacau ye.. Mama Tom tom bak"

"Sape nama baby Iman?"
"Baby Dahlia"
"Nanti Iman nak panggil baby ape?"
"Panggil adik"
"Tak panggil Dahlia?"
"Ha! Boleh. Panggil adik Dahlia. Iman abang"
"Abang ape?"
"Abang Iman Emy"


Scrapbook, Gallery, Anak-anak Kita | 0 Comments
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 4 + 1 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server