HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 

Maxi Skirt
Friday, June 06, 2014
Posted on 5:13:07 PM | 4 Comments

Ada sambungan cerita skirt semalam.

Sebenarnya saya ambil cuti panjang sempena cuti sekolah ni. Jadi saya ambik kesempatan berjaga tengah malam untuk menjahit. Budak kecik yang join kakak dia posing tu memang tak berkenan mama dia duduk depan mesin. Tunggu dia tidur dulu, itulah waktu yang paling aman.

Kali ni saya guna designer cotton. Secret Santa by Lori Siebert.

Macam biasa, kain ni memang sedia ada dalam simpanan. Sayang sangat nak gunakan dulu-dulu tu. Tapi, memang kena buat something. Maka inilah hasilnya.

Baju sama je dengan yang lepas. Sebab sesi ambik gambar yang sama. Rasanya saya kena cari kain untuk blouse Melly pulak. Kain yang ada macam tak sesuai untuk blouse Melly. Bolehlah jadi alasan untuk shopping kain. Haha!

Untuk dapatkan sehelai maxi skirt untuk Melly, memang gunakan elok-elok satu ela kain. Lain kali saya akan try mix and match kain pulak.

Untuk skirt ni saya letakkan border lace antara bahagian atas dan bawah. Dah macam boho maxi pulak dah kan. Takpe. Janji saya suka, Melly pun suka.

Ok. jumpa lagi!


Made by Maya, Milimelie, Skirt | 4 Comments
 

Sheila Wahid says ...
  Lama tak singgah sini. Besar dah Melly...

Reply | Posted on 7/15/2014 9:06:43 PM
 
maya replies ...
  hahaha..
haah kak sheila.. website ni pun jarang-jarang update. :)

Reply | Posted on 7/17/2014 9:03:04 AM
 

myzeedah says ...
  salam kak, fabric untuk skirt ni biasanya boleh dapat kat mana ya? apa nama jenis fabric ni ya?

Reply | Posted on 9/18/2014 9:30:56 AM
 
maya replies ...
  w'salam myzeedah.

saya guna cotton je myzeedah. yang ni designer cotton.

saya tak ingat beli kat mana sebab dah lama sangat.. haha.. dah ada 3 or 4 tahun gak kot.. tapi memang online la.. cube gugle buy online designer cotton malaysia

Reply | Posted on 9/18/2014 10:40:11 AM
 

 
 
Add your comment
Name:
Email:
Link URL:
Your Comment:
Verification: 11 + 1 =
 

 


Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server