|
Not So I.T.
giler!
Saturday, July 31, 2010
Posted on 12:38:04 PM | 8 Comments
kekeke.. ok. serius.. . .
i so need this..
and this.
. 
and this.. err... i mean the 27" one. all for development & testing. boleh?

Corat-Coret, Not So I.T., Wishlist | 8 Comments
lot.my
Monday, April 19, 2010
Posted on 6:07:54 PM | 8 Comments
 
kawan-kawan,
kamu mahu online shop? secara free? senang dihandle? saya tahu ramai yang nak kan? saya jumpa satu website yang sangat membantu. lot.my boleh setup kedai di sana. boleh upload 30 product free (kalau nak lebih kena email diorang). dan perancangannya diorang nak buat domain lain untuk premium user akan datang. 
user interface pun clean & tidy & simple (saya memang suka yang simple - less is more). boleh pilih-pilih layout dan tambah background. siap ada shopping cart. senang nak manage order. boleh letak payment gateway sendiri. paypal pun boleh. bank's transfer cam biasa pun boleh. memang senang banget lah. as simple as ABC orang putih kata. kenapa free? tu saya tak tau. review ni tak berbayar pun. sekadar pesanan khidmat masyarakat. harap dapat membantu siapa-siapa yang mahu berbisnes. * kalau ada sebarang soalan, boleh tanyakan pada empunya website ya. ada faqs pun. saya mungkin tak dapat nak jawab sebab saya pun tak habis explore lagi. tapi sekurang-kurangnya ianya amat mengagumkan saya.

Corat-Coret, Not So I.T., Review | 8 Comments
i follow
Monday, March 29, 2010
Posted on 7:24:02 AM | 11 Comments
saya dah pandai bertwitter. yay!
tengok kat sebelah kanan tu. kan senang saya nak update status. asalnya ingat nak buat satu module status kat blog kesayangan ni.. sebab kadang-kadang terasa nak tulis something, tapi pendek sangat kalau nak jadikan entry. tapi tak nak letak kat facebook. boleh? bila fikir-fikir balik, daripada saya penat-penat buat, baik saya guna yang dah sedia ada. yang lagi banyak functionnya. itulah permulaannya saya join twitter. sebelum ni tak register pun sebab takde nak guna pun.. sekarang baru nampak. mula-mula sekali saya paksa rina join juga, sebab nak tengok cemana hasilnya. hehe.. tq my fren. ok.. sapa-sapa macam terasa nak follow-follow (hahahaha..) saya, boleh jumpa saya di http://twitter.com/mayacaz harap-harap rajin lah saya mengupdate status.

Corat-Coret, Kisah Saya, Not So I.T. | 11 Comments
Online Catalog
Monday, February 22, 2010
Posted on 9:39:35 PM | 6 Comments
 http://estore.zilakasim.com/ ini estore kepunyaan zila. banyak lagi sebenarnya barang dia. macam-macam sewing tools dia ada dan kebanyakannya memang saya tak pernah nampak dan yang tak terfikir pun ada. bila nampak depan mata, memang macam nak semua rasanya.
 http://www.zilakasim.com/ ini blognya pulak untuk catatan hari-hari. kira satu pakej blog dan estore. peminat pink ni.
 http://lovemelots.crazyartzone.com/ yang ini pulak, LoveMeLots, tak lain dan tak bukan mestilah zura punya. tengok saja fabrik yang ada, macam nak gila dibuatnya. zura adalah partner terbaru saya di crazyartzone.com online catalog. seronok bila ada partner ni. nampak hidup sikit kedai saya tu. dan ya, sudah disematkan dengan logo terbaru. yay! tq banyak-banyak buat zila & zura!

Web Design, Web Site, Not So I.T. | 6 Comments
Google Buzz
Wednesday, February 10, 2010
Posted on 1:13:20 PM | 4 Comments
... ah sudah! google buzz pulak! kalau sekarang kita sibuk-sibuk dengan facebook dan twitter (saya takde twitter pun), lepas ni boleh buat-buat sibuk dengan buzz pulak. hrrmm....

Corat-Coret, Not So I.T., Review | 4 Comments
Apple iPad
Tuesday, February 02, 2010
Posted on 7:52:21 PM | 4 Comments
ya. saya mahu ini untuk hadiah harijadi saya. terasa sangat cool okeh.
(buleh click sini kalau nak tengok apa yang cool ya.)  boleh kan, abang? wah! tiba-tiba tukar tune, kenalah sebut abang kan.. nota kaki:
walhal birthday saya jauh lagi ya amat. biasalah.. buffer kena ada, supaya dapat apa yang dihajati.
kan abang? (sekali lagi)

Corat-Coret, Wishlist, Not So I.T. | 4 Comments
URL shortening
Thursday, January 07, 2010
Posted on 11:13:51 AM | 4 Comments
Dunia semakin sempit. Penggunaan huruf pun perlu dihadkan. Tengok saja pada ejaan-ejaan di SMS. Kadang-kadang saya pun tak paham. Dan kadang-kadang saya pun ikut tergelak bila mak saya pun pandai guna short form tu semua. Haha! Okay. Sekarang, URL pun mahu dipendekkan. Kalau sebelum ni banyak URL shortening service yang tumbuh bagai cendawan macam tinyurl.com atau bit.ly atau is.gd atau tr.im (and the list goes on and on), sekarang ni facebook, google (kesukaan saya), youtube dan flickr pun dah ada URL pendek mereka sendiri.
- goo.gl adalah kependekan untuk google.com
Perlu gunakan Google Toolbar untuk Firefox dan Internet Explorer. Untuk Google Chrome, perlu install goo.gl url shortener. Berbeza dengan penggunaan fb.me, flic.kr dan youtu.be, goo.gl boleh digunakan untuk apa-apa URL pun. Caranya, boleh click di sini. Contohnya, URL pendek untuk page ini adalah http://goo.gl/Zw0T. - fb.me adalah kependekan untuk facebook.com
Katakan URL facebook saya adalah http://www.facebook.com/xyz, saya boleh pendekkan menjadi http://fb.me/xyz. (xyz cumalah sebagai contoh penyamaran. boleh replace dengan nama kamu kalau sudah disetkan.) - flic.kr adalah kependekan untuk flickr.com
Contohnya kalau URL flickr saya adalah sepanjang http://www.flickr.com/photos/maya-caz, boleh dipendekkan menjadi sependek http://flic.kr/maya-caz - youtu.be adalah kependekan untuk youtube.com
Contohnya, kalau URL asal adalah http://www.youtube.com/watch?v=B6exaJ_jecI, boleh dipendekkan menjadi http://youtu.be/B6exaJ_jecI. (Cuba teka lagu ape tu?)
Itulah, orang kata less is more!

Corat-Coret, Not So I.T. | 4 Comments
jangan ambil gambar saya
Tuesday, January 05, 2010
Posted on 12:06:18 PM | 17 Comments
saya mahu memohon maaf atas kata-kata saya tempoh hari. saya tidak happy selepas itu sampai demam-demam, selepas saya tahu ada yang tercuit hatinya (sama macam tercuitnya hati saya masa tu). ok. minta maaf. minta maaf. penutup yang tidak bijak untuk tahun 2009. ingatkan diorang tak baca blog saya nak tolong orang, tak perasan pulak bahasa saya agak kasar. dan pulak, apalah maknanya kalau sekadar komplen tak ada apa-apa cadangan. sedih. ok. sebagai tanda saya minta maaf, ingin saya tunjukkan cara-cara macammana tak nak bagi orang save gambar bila right click. tak boleh save dengan cara right click saja tau, cara lain masih boleh lagi. begini caranya. a) mula-mula sekali, kenal pasti url gambar kita, jangan lupa letak watermark. contohnya: http://farm5.static.flickr.com/4007/4246543016_6795077590.jpg
b) kenal pasti saiz gambar (width & height), contoh untuk gambar ni: 500 × 333 tips untuk cari width & height:- copy url gambar atas tu, letak pada address browser.
- right click pada gambar, pilih Properties.
- saiz gambar adalah pada Image Dimension (Firefox & IE).
c) kemudian copy kod ni: <div style="background: url(http://farm5.static.flickr.com/4007/4246543016_6795077590.jpg) no-repeat; padding:0;">
<img src="http://l.yimg.com/g/images/spaceball.gif" width="500" height="333"></div> |
d) replace tulisan yang berwarna biru di atas. hasilnya adalah: boleh cuba right click pada gambar di atas sekarang. dan try save gambar tu. tengok apa yang kamu save. oren? hehehe. okay. ada cara lain untuk save gambar tu, tapi untuk yang itu kamu carilah sendiri (dan simpan sendiri). kalau nampak macam susah, jangan risau. ini dinamakan learning process. lama-lama nanti, bila dah biasa, mesti senang saja. nota kaki: mungkin ada cara lain yang lebih mudah, yang saya tak terjumpa. ini cuma salah satu cara saya yang memang suka terus tengok ke coding. :D gud luck!!

Web Design, Tutorials, Not So I.T. | 17 Comments
PC Fair 2009, GPS dan peta
Wednesday, December 02, 2009
Posted on 1:14:56 AM | 3 Comments
Hujung minggu ni, bermulalah PC Fair di KL Convention Center, selama 3 hari. Seronok tahu. Cakap apa saja: notebook, netbook, handphone, external hard-disc, mouse (penting juga ni, sebab mouse sekarang comel-comel), LCD monitor, broadband, DSLR, lenses etc etc etc. Macam-macam ada. Tapikan, ingat tau, kalau mahu yang bagus-bagus dan canggih-canggih, tak akan dapat yang terlalu murah. Kalau murah sangat tu, tengok-tengoklah kat mana kurangnya.  Sebenarnya yang mahu saya ceritakan ni adalah berkenaan dengan GPS. Apa itu GPS? Ada apa dengan GPS? GPS adalah sistem navigasi berasaskan satelit. Ia memerlukan peranti untuk berfungsi dengan baik, yang dipanggil peranti navigasi GPS (GPS Navigation Device), atau PNA (Personal Navigation Assistant) ataupun PND (Personal Navigation Device). Peranti Navigasi GPS terdiri daripada 3 komponen:
- Peranti - alat yang mempunyai antena GPS untuk menerima isyarat GPS
- Perisian - program yang menyahkod isyarat GPS, menganalisa peta dan menunjukkan jalan yang perlu dilalui
- Peta - data yang yang digunakan oleh perisisan navigasi untuk menyediakan petunjuk jalan yang perlu dilalui
Secara ringkasnya, peranti GPS adalah alat yang dapat menunjukkan kita arah jalan untuk sampai ke destinasi. Ke kiri, ke kanan, masuk lorong itu, keluar lorong ini. Seronok tau. Kalau kita yang tersilap sebab tak dengar arahan betul-betul (orang kata kiri dia belok kanan :P) dia akan kira semula jalan lain yang patut diikut. Kalau kita lebih hadlaju, dia ingatkan kita supaya memperlahankan kenderaan. Boleh ikut suka kita mahu ikut hiway yang bertol, atau jalan kampung yang lagi dekat. Masa ni lah nak memandu dengan penuh confident, tak takut tersesat pun. Baru bawak kereta pun boleh confident tau. Yang penting ada pada peranti GPS, selain daripada perisian yang berkualiti (lagi bagus yang ada gambar panorama dan simpang sebenar macam Papago!) dan harga runtuhnya dan skrinnya yang lebar (boleh tengok movie), yang lebih penting adalah petanya. Dan yang penting pada peta mestilah selalu up-to-date dan liputan petanya yang menyeluruh. Bukan saja penting, tetapi SANGAT penting. Terutamanya bila jalan dan simpang selalu bertambah seperti yang ada dalam negara kesayangan kita ni. Dan pemandunya pula seperti saya yang selalu tersesat, tapi mahu juga jalan-jalan. Ok, takde kena-mengena. Malfreemaps.com adalah satu komuniti yang sangat aktif dalam mengemas kini peta secara PERCUMA. Kebanyakan peta dari tempat/syarikat lain adalah berbayar. Dan peta percuma untuk Papago! (comelkan namanya?) adalah di sini: http://malfreemaps.com/viewtopic.php?f=23&t=3184 Ok. Selain itu, perisiannya yang boleh diupdate adalah satu bonus yang sangat berbaloi-baloi bagi menjamin kualiti navigasi. Juga, pilihan kenderaan yang kita suka dan suara yang lemak merdu. Lagi bagus kalau dapat membanding-bandingkan antara GPS kan, macam dia yang gila kuasa. :D Untuk keterangan lain ada di sini: http://www.m3shoppe.com/my/ Oh ya! Lebih banyak aplikasi akan dapat diguna-pakai pada peranti GPS di masa akan datang. Selamat berPC Fair!

Corat-Coret, Review, Not So I.T. | 3 Comments
Tutorial - Exchange Banner
Thursday, September 17, 2009
Posted on 9:57:03 AM | 4 Comments
Hari ni saya nak cerita macammana nak buat script untuk exchange banner, pengkhususan: blogspot. Tapi boleh juga digunakan di mana-mana website.
- Sediakan banner dan hostkan dimana-mana image host yang kita ada. Contohnya Flickr, Picasa Web, ImageShack®, Photobucket dan lain-lain. Contohnya begini:
 - Click pada Add a Gadget dan pilih HTML/JavaScript Add.
- Letak code macam ni:
<p align="center"><a href="http://craftzone-my.blogspot.com/" target="_blank"><img border="0" src="http://i231.photobucket.com/albums/ee102/my7710/banner/mycaz-banner2.jpg"/></a></p><p>Just highlight and copy the HTML code below, then paste it into the code for your Web site. </p>
<p><textarea rows="7" cols="23"><a target="_blank" href="http://my.crazyartzone.com/"><img border="0" src="http://i231.photobucket.com/albums/ee102/my7710/banner/mycaz-banner2.jpg" title="My CrazyArtZone"/></a></textarea></p>
|
- Replace tulisan warna hijau dengan URL yang dikehendaki.
- Replace tulisan warna biru dengan URL banner yang kita dah letak dimana-mana tu. (Rujuk No 1)
Tadaaa!!! Siap sudah. Inilah hasilnya:  Just highlight and copy the HTML code below, then paste it into the code for your Web site. |
Boleh laa letakkan di blog masing-masing.

Web Design, Tutorials, Not So I.T. | 4 Comments
{ Older Post }
|