|
~ Craft Tutorials
Box Pleat Skirt Tutorial
Monday, April 05, 2010
Posted on 5:20:52 PM | 17 Comments
 sebenarnya kan, saya tak terfikir pun di sebalik tabir pembikinan chocolate pie saya tu dijadikan tutorial. haha! saja je saya letak gambar-gambar tu untuk naikkan semangat kawan-kawan. haha! tapi since orang pun rasa tu macam tutorial, saya rasa tak best pulak sebab tak lengkap. ni saya bagi ukuran untuk box pleat tu. saya bagi contoh untuk lebar je. panjang boleh ikut suka.  untuk kiraan, setiap sepasang kain ni, akan jadi 3" lebar. means, bila saya ada 8 pasang (16 helai), saya akan dapat: 3 x 8 = 24" lebar yang juga merupakan ukuran punggung + keselesaan. maksudnya, kalau nak lebar lagi, boleh ditambahkan pasangan kain, atau dilebarkan kain yang berwarna coklat gelap (bahagian 3") . kalau nak lagi kecik, boleh kurangkan ukuran untuk kain berwarna coklat gelap tu (yang bahagian 3") tapi jangan kurang dari 2". (maintain lipatan tu 1/2" ye..)  lepas siap semua di box-pleat kan, dan dicantumkan menjadi bulatan, ukur balik saiz bulatan dan baru guntingkan kain untuk bahagian pinggang. selalu saya buat 3" termasuk bahagian bergetah. tada!! siaplah skirt cheerleaders kita.. :D
harap dapat membantu.. nota tambahan: klik sini untuk tengok saiz skirt sebagai rujukan.

Made by Maya, ~ Craft Tutorials, Sewalong With Maya | 17 Comments
Pleated Skirt Tutorial
Tuesday, March 30, 2010
Posted on 5:53:56 AM | 27 Comments
cerita pasal pleated skirt ni, mari kita mulakan dengan sejarahnya. haha! tak pasal-pasal cerita pasal sejarah pulak. bukan apa. saya nak tunjuk beberapa jenis pleat yang ada. macamlah saya tahu sangat. saya baru jer google lepas tau teknik yang saya buat untuk skirt birdie tu namanya box pleat. takpelah. sharing is caring, kan. ok. berbalik kepada sejarah pleat ni. sila klik di sini.
saya suka sebab gambarajahnya sangat jelas dan senang di faham. harap-harap dapat faham jenis-jenis pleat ni (haih! ape eh pleat dalam bahasa melayu? lipatan ke?). sekejap nak google pleat. ok. jumpa di sini: http://www.kamus.com/eng-all/pleat.
Malay: ploi, wiru kain kalau malas baca habis pasal pleat tu pun takpe. sebab saya pun tak baca habis. panjang sangat. hahaha.. yang penting tengok gambar je.
 gambar adalah di google. takde kene-mengena dengan tutorial.
ok. ini senarai tutorial untuk pleated skirt: Box Pleating Made Easy(er)
tutorial ni, dia ajar details untuk buat box pleat tu. Easy Pleated Skirt Tutorial
yang ni pulak agak advance sebab tak letak gambarajah. dan bukan box pleat. Polka Dots (Box Pleat Skirt)
yang ni pulak guna 2 jenis corak kain. which is in my list oledi. next project. yes! yes! matching kain dah pilih. tapi belum ukur, belum potong, belum jahit. semua dah diceritakan dalam tutorial-tutorial tu. cuma kalau nak nampak kemas lagi, gosok. jangan tak gosok. kemas lah ia..
alang-alang ramai yang tanya pasal tutorial ni kan. dan alang-alang saya dah carikan tutorial ni kan. jom kita buat sewalong nak? kekekeke.. dan-dan nak sewalong pulak. sapa nak join, jangan lupa tinggalkan url entry sew along di ruang comment ni yer. nanti hujung bulan depan saya kumpul-kumpul dan combine kan semua gambar dalam satu entry.

Made by Maya, ~ Craft Tutorials, Sewalong With Maya | 27 Comments
Skirt Tutorial
Thursday, March 11, 2010
Posted on 10:16:13 PM | 12 Comments
masa kecik dulu, saya suka sangat pakai skirt. dan kebanyakan skirt saya dulu, dijahit sendiri oleh mak saya. yang paling saya ingat, skirt kembang bulat warna biru, yang mana kain dipotong bentuk bulat. sampai sekarang saya boleh terbayang macammana mak saya buat dulu. juga skirt ropol kotak-kotak warna biru. memang saya pakai sampai tak boleh pakai. masa tu, design kain kotak-kotak memang tengah glemer. ok. kita tinggalkan dulu cerita lama. sampai masanya saya pula yang buat skirt untuk anak saya. ini antara tutorial skirt yang free yang pernah saya jumpa ni internet. The Market Skirt  untuk yang ini, bukan saja skirt yang comel, tapi tak tahan betul tengok barisan budak-budak comel tu kan. best betul kalau boleh buat fotografi macam ni.
Tutorial Link
Circle skirt  haa.. lebih kurang macam ni lah bentuknya skirt kembang bulat yang saya cerita kat atas tu. cuma takdelah pulak mak saya letakkan talipinggang kain tu kan. dan skirt saya pulak tu tak bercorak. saya pernah buat skirt bulat macam ni, tapi cantumkan pada baju, maka jadilah dress kembang bulat, yang saya panggil merry-go-round.
Tutorial Link 1
Tutorial Link 2
Twirly Skirt Tutorial  inilah tutorial skirt yang paling glemer dan ramai orang refer rasanya. :)
ok, ini yang paling simple. boleh start dengan yang ini dulu. dan boleh juga jamu mata tengok-tengok hasil dari orang lain di flickr group. boleh dapat idea nak pakai kain corak apa juga.
Tutorial Link.
Ruffled Skirts Tutorial  ropol-ropol tu buat skirt ni nampak sangat girly. comel sangat kalau nampak budak perempuan terpusing-pusing gayakan skirt.
Tutorial Link
Layered circle skirt  yang ini agak advance. rasanya, agak letih jugak nak membuatnya... tapi sangat cantik.. sesuai untuk acara-acara penting macam birthday party diri sendiri kan?
Tutorial Link.
Boleh lah share kalau ada lagi tutorial skirt yang comel-comel. Selamat berkraf di hujung minggu!

Made by Maya, ~ Craft Tutorials, ~ The Craft Links | 12 Comments
How to use rolled hem foot
Thursday, January 21, 2010
Posted on 7:13:03 AM | 29 Comments
hari tu saya janji nak buat tutorial rolled hem foot ni versi bahasa melayu kan. sori eh arni, tutorial lambat sikit sebab dah lama tak guna tapak kelim ni. jadi sempena saya sedang menggunakannya hari ni, saya ambik-ambik gambar.  mula-mula sekali kene lipat hujung kain macam kita nak jahit kelim biasa tu.  lepas tu jahitkan 4-5 jahitan, pun macam biasa, macam sebelum guna tapak ni.  kemudian, pastikan jarum ke bawah, dan kita naikkan kain masuk ke dalam tapak macam gambar atas tu. kalau susah, naikkan tapak tu sikit-sikit sambil adjust kain.  lepas tu boleh terus jahit. senang ada tapak ni, pejam mata pun boleh. haha.. taklah.. sebenarnya bagi senang sikit je, bagi halus sikit kemasan tu. still kita kene control betul-betul. nak pecut boleh, kalau dah tere ya. kalau belum tere nak pecut juga pun dah boleh. lepas tu kena tetas, saya tak tanggung.  ok. saya masih juga jahit pelan-pelan dan ia mencuri masa yang agak lama juga nak disiapkan. tapi inilah hasilnya yang sangat memuaskan. :D

Made by Maya, ~ Craft Tutorials, Tools | 29 Comments
Dari sarung bantal peluk menjadi sarung bantal
Thursday, December 03, 2009
Posted on 11:40:53 PM | 14 Comments
Tajuk sikit punya cun kan, dah macam peribahasa bunyinya. Agak-agak apa maknanya? Saya mula tidak berbantal peluk semasa tidur semenjak saya duduk di asrama, 20 tahun yang lepas. Dulu tak nampak sangat impaknya. Tapi sekarang, semenjak 7 tahun yang lepas, bila saya mula membeli cadar sendiri (cadar-cadar tilam tilam saja ok, takde katil bujang saya sebelum ni saya jahit sendiri jer. sebab kecik je kan), saya dapati ada pembaziran berlaku bila saya tidak menggunakan sarung bantal peluk tu. Sayang tau, corak dah lah comel-comel sebab memanglah kita beli cadar comel, supaya mimpi kita lebih indah betul ke? Ok. Jadi untuk tidak membazir lagi saya tranformasi kan sarung bantal peluk yakni bolster itu kepada sarung bantal biasa. Mahu tahu rahsianya? Tak perlu jahit tepi tahu. Dan sangat-sangat mudah jahit tangan pun buleh. Mari kita mulakan.  1. Buka semua jahitan kecuali jahit tepi.  2. Kain dilipat melintang sesaiz bantal dan potong selebihnya. (Kalau ikut gambar di atas, potong bahagian yang nampak terbalik tu. Yang nampak saja, bahagian bawah kain yang dilipat jangan dipotong.)  3. Sekarang ukurkan kain lebih tu, selebar saiz bantal. Potongkan selebihnya (nak simpan pun boleh, mana tahu boleh buat craft di masa akan datang).  4. Untuk bahagian yang kita dapat dari no 3 tu, jahitkan ke dalam pada bahagian yang berjahit tepi. 5. Jahitkan bahagian sebelah lagi pada kain yang lebih besar (no 2) seperti dalam gambar diatas. Sila jahitkan pada bahagian kain besar yang berjahit tepi. Kemudian, bentangkan seluruh sarung bantal yang belum siap tu seperti gambar di atas. 6. Di sini ada gambar tertinggal. Gunakan kretiviti sendiri untuk gambarkan ya. Lipat kedalam bahagian lidah sarung bantal yang terkeluar tu. Dengan ini, basi pada bahagian yang tidak berlidah akan terlipat juga. Jahitkan basi kain tu, dan teruskan jahitan sehingga di atas lidah sarung bantal yang sudah dimasukkan kedalam. Jahit sampai hujung. Harap-harap penerangan saya sampai. Kalau tak, sila gambarkan sekali lagi.  7. Kemudian, lipatkan, dengan bahagian dalam ke luar. Jahitkan pada bahagian yang belum bersambung, iaitu bahagian B & C. 8. Terbalikkan. Dan jahitkan bahagian A, B & C. Jangan pulak sampai terjahit bahagian mulut bantal ya murid-murid.  Hasilnya? Adalah sarung bantal yang sudah disarungkan pada bantal yang sangat gebu dan mengiurkan dan seperti memanggil-manggil kita tidur. Ok. Tiba-tiba rasa mengantuk. Perlu tidur sekarang. Good night!

Made by Maya, ~ Craft Tutorials, Dan Lain-lain | 14 Comments
Tutorial - Baby Snap Clip
Thursday, April 16, 2009
Posted on 11:51:07 PM | 30 Comments
ini cara-cara nak buat hairclip yang paling simple dan senang.  dan inilah hasilnya..  saya harap dengan adanya tutorial ni, akan memeriahkan lagi dunia kraf malaysia. sebab sekarang, felt pun senang nak cari, antaranya lian lilstitchy pun ada jual di kedai onlinenya. butang pulak, butang bulat biasa tu pun dah boleh dapat hasil yang cantik. untuk buat blanket-stitch yang macam hasil di atas, boleh belajar dari sini:
http://craftydaisies.com/2007/09/05/embroidery-lesson-4/ jadi tunggu apa lagi.... dah siap, jangan lupa share gambar yer.. nota kaki: kalau malas nak jahit sendiri, boleh dapatkan di kedai saya , sementara stok masih ada ;-)

Made by Maya, ~ Craft Tutorials, Hair Accessories | 30 Comments
tutorial - ribbon bookmark
Friday, March 20, 2009
Posted on 1:36:15 PM | 25 Comments
 sebenarnya, senang je nak buat ribbon bookmark ni.
yang penting mukadimah kena cakap senang, baru rasa senang cara-cara seterusnya. tapi memang betul senang. bahan-bahannya:  1. reben sepanjang 12 inchi.
2. butang. 4 butang untuk satu bookmark. nak lebih pun boleh.
3. jarum dan benang  mula-mula sekali, lipatkan hujung reben macam gambar dia atas.  ambil 2 biji butang, dan kapitkan hujung reben yang dah dilipat tadi. jahitkan menggunakan jarum dan benang.
tips: lebihkan hujung benang di satu bahagian, biar senang kita nak simpul matikan benang tu nanti.  bila dah dijahit 2 ke 3 kali (lagi banyak lagi ketat dan lagi kuat), ikat hujung benang tu, juga 2 ke 3 kali. potong lebihan benang.
siaplah satu bookmark reben yang comel. . sedikit idea yang boleh diguna pakai kalau mahu. 1. butang bulat tu, cuba terbalikkan, kadang-kadang belah bawah nampak lebih cantik. 2. kadang-kadang kita buleh dapat butang comel-comel ni kat kedai 2 ringgit atau yang seangkatan dengannya. biasanya ada banyak jenis/warna satu peket. china mari.  3. cantik juga kalau kita gunakan 2 lapis butang. caranya, jahitkan dulu 2 butang pada reben, dan baru lapiskan atasnya.  4. kalau reben tu jenis kecil, macam dalam gambar ni saiz 6mm, boleh juga guna 2 helai reben, diletak sebelah-sebelah. kalau rajin lagi jahitkan jelujur di tepi-tepi reben guna benang lain warna. . supaya dengan kecomelan bookmark ni, akan menambahkan minat saya supaya rajin membaca. yada yada.. takde kena mengena langsung. nota kaki: sajak betul si krill & abang jem pagi ni yer. mentang-mentang k.e takde..

Made by Maya, ~ Craft Tutorials, Buttons | 25 Comments
Tutorial - Tote Bag
Sunday, February 22, 2009
Posted on 11:34:07 AM | 34 Comments
untuk menghasilkan tote bag bersaiz 18" x 15" x 3" part 1: bahan-bahannya 
A: 34" x 19" kain kotton tebal - untuk bahagian luar beg. boleh design ikut suka
B: 28" x 19" kain untuk lapisan dalam - boleh juga berwarna-warni ikut citarasa
C: 19" x 4" (2 helai) kain untuk kedua-dua penghujung bahagian dalam (B)
D: 10" x 9" (2 helai) kain untuk bahagian poket dalam - ikut suka juga, kalau taknak takpe.
E. 28" x 2" (4 helai) kain untuk tali beg (maaf, tiada dalam gambar) part 2: menjahit bahagian dalam beg 
tandakan panjang poket pada kain B dan C. kain bahagian B dan C di cantumkan sedikit di bahagian kiri dan kanan. tinggalkan bahagian tengah untuk lubang poket. 
lipatkan ke luar kedua-dua bahagian basi kain dan jahitkan bahagian basi kain B kedalam. 
letakkan kain untuk poket (D) di atasnya, pinkan dan jahit keliling. bahagian atas poket mestilah di jahit bersama basi kain C. 
gambar 7 di atas adalah bahagian hadapan poket. ulangkan untuk bahagian penghujung B yang satu lagi. kali ni saya jahitkan di bahagian tengah poket, dan poket yang kecik lebih pendek (supaya senang nak ambik henpon) 
bahagian dalam beg dilipat 2 dan di jahit kiri dan kanan. 
tandakan bahagian bucu yang dijahit seperti gambar 11 di atas. jahitkan bahagian yang di tanda, dan dipotong selebihnya. part 3: menjahit bahagian luar beg 
bahagian luar beg (A) dilipat dan dijahit kiri dan kanan. sama seperti bahagian dalam beg, proses bucunya menjadi seperti gambar 14. part 4: menjahit tali beg 
dua helai kain untuk tali beg dijahitkan di sebelah bahagian (jahit bahagian dalam kain). terbalikkan, dan dijahit tindan. 
untuk sebelah bahagian lagi, lipatkan kain kedalam, dan jahit dari luar. ulangkan untuk satu lagi tali beg. 
jahitkan sedikit penghujung tali beg pada kain bahagian luar beg (A) sebagai penanda. ulangkan pada satu bahagian lagi dan masukkan kedua-dua tali ke dalam. part 5: mencantum semua bahagian menjadi tote beg 
terbalikkan bahagian dalam beg supaya bahagian yang kemas berada di luar. masukkan bahagian dalam beg ke dalam bahagian luar beg. maaf, ayat agak bercelaru, sila lihat gambar di atas. 
kemaskan. di jahit keliling, dan tinggalkan sedikit lubang, dalam 5". 
dari lubang yang dibuat, terbalikkan kesemua bahagian kain, dengan menarik keluar bahagian dalam kain. kemaskan, dan masukkan bahagian dalam beg (B) ke dalam bahagian luar beg (A). 
jahit tindan bahagian mulut beg. tada! siaplah tote bag elin. ya, tote bag ini elin yang punya. selamat mencuba..

Made by Maya, ~ Craft Tutorials, Bag | 34 Comments
Tutorial - Baju Kurung Teluk Belanga (Leher)
Wednesday, September 17, 2008
Posted on 9:42:17 PM | 8 Comments
ada yang tanya macammana nak potong bulatan pada leher baju kurung. so, inilah saya cuba explain. harap-harapnya faham, sebab memang susah nak explain cara bertulis ni kan. lain laa kalau face to face & segala material ada depan mata.
 step 1: ambil sehelai kertas & buatkan bulatan pada kertas tu. yang macam tutorial sebelum ni, untuk saiz kanak-kanak setahun, buatkan bulatan berdiameter 4". bulatan ni buleh juga digunakan sehingga kanak-kanak berumur 3 tahun. untuk saiz seterusnya bolehlah besarkan sikit.
 step 2: macam dalam gambar kat atas, kertas bentuk bulat tu dilipat 2, kemudian dilipat lagi hujungnya.
 step 3: potongkan bahagian bucu (make sure yang dalam bulatan). ini adalah sebagai penanda bahagian tengah baju nanti.
 step 4: yer, bahagian tengah baju bukanlah bahagian tengah bulatan. ini untuk jadikan bulatan leher tu kedepan sedikit, bukan sama-rata depan dan belakang.
 step 5: tandakan tengah bahagian badan baju. caranya dengan melipat 4 badan baju. tandakan dengan memotong bucu macam cara kita potong pada bulatan tadi.
 step 6: badan baju dilipat 2 memanjang. letakkan kertas yang dilipat 2 atasnya. pastikan bahagian tanda terletak pada tempat yang sama. potongkan ikut bulatan.
 step 7: sebelum buka lipatan badan baju, potongkan sikit bahagian belah depan baju. maka, hasilnya macam gambar atas ni. tips: untuk bahagian lapisan dalam, boleh pinkan sekali kain lapisan yang dilipat dua antara badan baju dan kertas bulat (pada step 6), sebelum memotong bulatan.. cara-cara nak cantumkan kain lapisan dan seterusnya, boleh ikut tutorial sebelum ni. harap ni dapat membantu.. good luck!

Made by Maya, ~ Craft Tutorials, Baju Kurung | 8 Comments
Tutorial - Baju Kurung Teluk Belanga
Monday, August 18, 2008
Posted on 9:45:06 PM | 25 Comments
 memandangkan raya pun nak dekat, saya rasa, elok juga kalau saya share kan sedikit cara-cara saya membuat baju kurung teluk belanga. harap ini dapat membantu untuk mak-mak, ibu-ibu, mama-mama, mommy-mommy di luar sana yang teringin nak buatkan baju kurung untuk si anak kecil bergaya di hari raya. saiz untuk hasil nanti ialah:
bahu: 9"
panjang baju: 17"
panjang lengan: 9"
panjang kain: 17"  satu kotak line biru tu dianggap 1". so, potong kain ikut garisan lurus tu. garisan dashed tu untuk jahitan atau lipatan. pattern yang ade ni untuk kanak-kanak berumur 1 tahun. so, untuk 1 tahun, kain semeter tu cukup-cukup saje lah. cara mengambil kain untuk dipotong pun kena diambil kira juga. kalau tak, tak cukup semeter tu. lepas kain dipotong, silalah dijahit tepi untuk semua bahagian tepi kain (kecuali lubang leher tu). biasenya, saya cuma buat lubang leher lepas semua dijahit tepi. ok. kita mulakan dengan bahagian badan.  biasanya, saya cuma buat 2 lubang leher berbentuk bulat berdiameter 4", satu pada badan dan satu pada kain lapisan.
nota: lebihkan bulatan ke bahagian hadapan baju. potongkan belahan di bahagian hadapan hanya pada bahagian badan. lapiskan kedua kain tu, pinkan, dan jahit ikut garisan dashed tu. lepas kedua kain tu melekat, baru potongkan belahan hadapan pada kain lapisan. ini sebenarnya untuk memudahkan mase kita menjahit. kalau nak potong dulu belahan depan pada kain lapisan tu sebelum dicantum dengan badan pun boleh juga. lepas tu, buangkan bahagian tepi kain lapisan tu, ikut bentuk jahitan yang dijarakkan dalam setengah inchi. kalau nak buat mata lalat atau tulang belut (hiasan leher pada pinggir bualatan dan belahan) sebelum potong lebihan pun boleh juga. biasanya saya memang buat mase ni. senang nak handle. lepas dipotong bahagian lebih tu, jahit sembat halus pada sekeliling leher dan belahan. Pada bahagian pangkal belahan dibuat tempat pengancing baju iaitu ‘rumah kancing’ dengan menggunakan jahitan benang yang dinamakan jahitan ‘insang pari’. setel bahagian badan, kita buat pesak pulak.  untuk baju kurung kedua pesak disambung pada bahagian yang lurus (bukan yang dipotong serong - kalau baju melayu lelaki, memang dicantum pada bahagian serong). jahitkan mengikut garisan dashed, dah tinggalkan 2 setengah inchi pada bahagian atas (bergarisan merah pada gambar). lipat kekek menjadi bentuk tigasegi. ini dipanggil ‘kekek sapu tangan’. cantumkan kekek dengan pesak seperti gambar di atas. siaplah sudah bahagian pesak.  sekarang kita kena cantumkan bahagian pesak dengan bahagian lengan pulak. bahagain lengan ni, ikutlah, kalau nak lengan tu kecik sikit dibahagian hujung lengan. atau pun, nak sama lebar atau lebih besar dari pangkal lengan. ikut selera sendiri. ulangkan pada pesak, kekek dan lengan yang satu lagi. bila dah siapkan, boleh cantumkan pesak ke badan macam gambar bawah ni.  jahitkan di bahagian depan dan belakang, kiri dan kanan. maka nampak dah rupa baju tu. lipatkan bahagian hujung baju dan lengan selebar 1" ke dalam dan dijahit sembat. maka siaplah sudah baju kurung untuk sikecil yang comel. ok. kita ke bahagian kain pulak.  cantumkan kain menjadi sarong. lipatkan bahagian bawah kain sebanyak 1/2" kedalam dan jahitkan.
lipatkan sebanyak 4 lipatan di bahagian tepi (bahagian cantuman kain), satu lipatan adalah selebar 2". ini dipanggil ikatan ‘ombak mengalun’. jahitkan di bahagian atas lipatan sepanjang 4" dari bahagian pinggang supaya lipatan lebih kemas. letakkan getah di bahagian pinggang mengikut saiz pinggang sicomel. maka, siaplah sepasang baju kurung raya untuk si adik manis.
selamat mencuba! Update: Cara-cara memotong leher baju

Made by Maya, ~ Craft Tutorials, Baju Kurung | 25 Comments
{ Older Post }
|