HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Sewalong With Maya

Box Pleat Skirt Sewalong
Tuesday, May 04, 2010
Posted on 7:51:18 AM | 8 Comments

Bulan 4 dah 4 hari berlalu. Ini gambar-gambar skirt yang join Sewalong hari tu. Lama betul rasanya kan. Sampai saya pun hampir-hampir terlupa.

Aisyah

Skirt pertama ni dijahit oleh Aisyah. Gigih betul dia buat 2 helai untuk baby yang bakal lahir (yang ni tambah gigih kuasa 10) dan untuk anak buah dia. Comel kan skirt bunga-bunga pink cam ni. Tahniah Aisyah, bakal menimang tuan puteri. Semoga segalanya selamat dan dipermudahkan. Amin.


Suzie

Hijau dengan pink memang sepadan. Lagi-lagi bila coraknya bunga dan polkadot. Tambah lagi bila guna designer cotton. Memang boleh meruntun jiwa. Walaupun Suzie kata takde girl dalam rumah dia kecuali dia, tapi tetap dia buat skirt ni untuk anak bff nya. Bagus betullah. Tambah gigih lagi sebab letak zip bagai.


DeLLA

Warna merah menyala ni memang warna yang menawan. Lagi-lagi bila bunga bertemu polka dot, kan saya dah kata saya memang suka. Yang kelakar bila tengok modelnya yang seksi habis. Haha! Uppss.. takde kat sini. Boleh click gambar tu kalau nak tengok.


Hidayah

Memang betullah yang macam Hidayah cakap, memang box pleat ni glemer di kalangan langsir. Haha! Walaupun Hidayah kata dia amatur, tapi tengok tu , cantik dan kemas je dia jahit. Saya pun bukan pro. Hahaha! Pun main belasah jer. Sukatan pun ikut suka sendiri je.


Zu-E9

Saya suka corak-corak kain Ikea yang seangkatan dengan ni. Box pleat skirt yang mula-mula saya buat pun guna corak lebih-kurang cam ni. Ni lagi sorang gigih sebab siap buatkan baju sekali. Comel jek.


TinyTini

Wah! Comel betul Damia ni senyum malu-malu. Best skirt ni sebab siap baju dari fabric yang sama. Dah jadi macam dress kan. Warna pun sweet jer. Polka dot ngan stripe pun memang sesuai.


Zura

Ini satu-satunya skirt dari denim. Memang cantik. Bila dibuat dari denim ni, memang terasa lasak, tapi bila combine ngan kain bunga-bunga, terus nampak ayu. Saya suka kombinasi fabric ni.


Durra

Yang ni satu-satunya skirt yang guna teknik knife pleat. Yang buat saya suka sangat tu corak kainnya yang Scottish. Sebenarnya kalau tengok betul-betul lebih kurang je dua-dua lipatan ni, cuma sebelah lipatan di arah bertentangan.


Sellynna

Pun gigih jugak, buatkan untuk anak buah terchenta katanya. Comelkan.. box pleat dia kat bawah jer.. Bunga dan polka dot jugak. Kaler pun sweet jer..


Akhir kata dari saya (wah! macam tulis surat zaman dulu-kala) terima kasih semua yang join! Lain kali join lagi yer!


Made by Maya, Sewalong With Maya, Review | 8 Comments
 

Box Pleat Skirt Tutorial
Monday, April 05, 2010
Posted on 5:20:52 PM | 21 Comments

sebenarnya kan, saya tak terfikir pun di sebalik tabir pembikinan chocolate pie saya tu dijadikan tutorial. haha! saja je saya letak gambar-gambar tu untuk naikkan semangat kawan-kawan. haha!

tapi since orang pun rasa tu macam tutorial, saya rasa tak best pulak sebab tak lengkap. ni saya bagi ukuran untuk box pleat tu. saya bagi contoh untuk lebar je. panjang boleh ikut suka.

untuk kiraan, setiap sepasang kain ni, akan jadi 3" lebar. means, bila saya ada 8 pasang (16 helai), saya akan dapat:

3 x 8 = 24" lebar yang juga merupakan ukuran punggung + keselesaan.

maksudnya, kalau nak lebar lagi, boleh ditambahkan pasangan kain, atau dilebarkan kain yang berwarna coklat gelap (bahagian 3") . kalau nak lagi kecik, boleh kurangkan ukuran untuk kain berwarna coklat gelap tu (yang bahagian 3") tapi jangan kurang dari 2". (maintain lipatan tu 1/2" ye..)

16 helai kain-kain tadi dicantum berselang-seli.

kain yang dah dicantum.

lepas siap semua di box-pleat kan, dan dicantumkan menjadi bulatan, ukur balik saiz bulatan dan baru guntingkan kain untuk bahagian pinggang. selalu saya buat 3" termasuk bahagian bergetah.

tada!! siaplah skirt cheerleaders kita.. :D
harap dapat membantu..

<

nota tambahan: klik sini untuk tengok saiz skirt sebagai rujukan.


Made by Maya, ~ Craft Tutorials, Sewalong With Maya | 21 Comments
 

chocolate pie
Saturday, April 03, 2010
Posted on 11:38:29 AM | 33 Comments

chocolate pie ke, chocolate muffin ke, chocolate cake ke, hot chocolate ke.. apa-apa pun takpe. tapi memang nampak sedap macam boleh dimakan saja skirt ni.

skirt ni di buat bersempena dengan pleated skirt sewalong tu. saya dah buatkan badge simple ni. kalau sapa-sapa nak letak di blog masing-masing silakan. saya sangat berbesar hati. :D

Code:

<a href="http://my.crazyartzone.com/sew/" target="_blank"><img src="http://i831.photobucket.com/albums/zz235/mayacaz/banner/sewalongwithmaya.jpg" border=0></a>


ok. mari kita mulakan dengan gambar-gambar di sebalik tabir pembikinan chocolate pie.

8 helai kain coklat dan 8 helai kain putih yang siap dipotong dan dijahit tepi kiri dan kanannya.


16 helai kain-kain tadi dicantum berselang-seli.


kain yang dah dicantum, dilipat dan dipinkan menggunakan teknik box-pleat (update: klik untuk tutorial) sehingga tinggal kain coklat saja yang nampak. gosokkan.


bahagian bawah chocolate pie yang siap diklim dan digosok.


tada!!! siap sudah chocolate pie saya yang baru keluar dari oven panas-panas.

dan boleh dimakan. jom!

m for melly :)



Made by Maya, Sewalong With Maya, Top N Bottom | 33 Comments
 

Pleated Skirt Tutorial
Tuesday, March 30, 2010
Posted on 5:53:56 AM | 29 Comments

cerita pasal pleated skirt ni, mari kita mulakan dengan sejarahnya. haha! tak pasal-pasal cerita pasal sejarah pulak. bukan apa. saya nak tunjuk beberapa jenis pleat yang ada. macamlah saya tahu sangat. saya baru jer google lepas tau teknik yang saya buat untuk skirt birdie tu namanya box pleat. takpelah. sharing is caring, kan.

ok. berbalik kepada sejarah pleat ni. sila klik di sini.
saya suka sebab gambarajahnya sangat jelas dan senang di faham. harap-harap dapat faham jenis-jenis pleat ni (haih! ape eh pleat dalam bahasa melayu? lipatan ke?).

sekejap nak google pleat.

ok. jumpa di sini: http://www.kamus.com/eng-all/pleat.
Malay: ploi, wiru kain

kalau malas baca habis pasal pleat tu pun takpe. sebab saya pun tak baca habis. panjang sangat. hahaha.. yang penting tengok gambar je.


gambar adalah di google. takde kene-mengena dengan tutorial.


ok. ini senarai tutorial untuk pleated skirt:

Box Pleating Made Easy(er)
tutorial ni, dia ajar details untuk buat box pleat tu.

Easy Pleated Skirt Tutorial
yang ni pulak agak advance sebab tak letak gambarajah. dan bukan box pleat.

Polka Dots (Box Pleat Skirt)
yang ni pulak guna 2 jenis corak kain. which is in my list oledi. next project. yes! yes! matching kain dah pilih. tapi belum ukur, belum potong, belum jahit.

semua dah diceritakan dalam tutorial-tutorial tu. cuma kalau nak nampak kemas lagi, gosok. jangan tak gosok. kemas lah ia..


alang-alang ramai yang tanya pasal tutorial ni kan. dan alang-alang saya dah carikan tutorial ni kan. jom kita buat sewalong nak? kekekeke.. dan-dan nak sewalong pulak.

sapa nak join, jangan lupa tinggalkan url entry sew along di ruang comment ni yer. nanti hujung bulan depan saya kumpul-kumpul dan combine kan semua gambar dalam satu entry.


Made by Maya, ~ Craft Tutorials, Sewalong With Maya | 29 Comments
 



Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server