HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Milimelie

Maxi Skirt Putih
Saturday, October 25, 2014
Posted on 8:13:51 PM | 11 Comments

Maxi skirt yang biasa je. Warna putih suci murni. Cuma kali ni saya rendahkan sikit bahagian bawah dan serikan dengan renda putih juga. Asalkan Melly suka, mama pun suka.



Made by Maya, Milimelie, Skirt | 11 Comments
 

Baju raya dan bunga di kepala
Wednesday, August 06, 2014
Posted on 12:59:51 AM | 3 Comments

Cerita pasal raya yang biasa-biasa je. Cuma seronok dapat siapkan baju raya Melly. Blouse dan maxi skirt.

Blouse tu saya cuma guna kain kosong putih, pattern peasant blouse je, cuma panjangkan lengan. Sebab rasanya itu yang termudah untuk buat blouse kan. Haha. Memang simple sangat.

Sebenarnya kain bunga-bunga ni pulak lama sangat dah saya simpan. Lebih kain raya 2010. Kan.. Haha.. Untunglah Melly bukan cerewet orangnya. Ataupun dia memang dah tak ingat pun gaun 4 tahun yang lepas tu.

Accesory tambahan untuk kepala, saya buatkan bunga chiffon ni. Lekat pada klip rambut, dan tadaa... Saya buat 5 kuntum. Untuk Melly dan sepupu-sepupu perempuannya.

Itu jer lah cerita baju raya buatan sendiri untuk tahun ni, mana tahu boleh buat tambah-tambah idea.

Jumpa lagi tahun depan.

Eh! Tapi saya ada lagi projek skirt yang masih terbengkalai.
Tunggu ya!


Made by Maya, Milimelie, Skirt | 3 Comments
 

Maxi Skirt
Friday, June 06, 2014
Posted on 5:13:07 PM | 5 Comments

Ada sambungan cerita skirt semalam.

Sebenarnya saya ambil cuti panjang sempena cuti sekolah ni. Jadi saya ambik kesempatan berjaga tengah malam untuk menjahit. Budak kecik yang join kakak dia posing tu memang tak berkenan mama dia duduk depan mesin. Tunggu dia tidur dulu, itulah waktu yang paling aman.

Kali ni saya guna designer cotton. Secret Santa by Lori Siebert.

Macam biasa, kain ni memang sedia ada dalam simpanan. Sayang sangat nak gunakan dulu-dulu tu. Tapi, memang kena buat something. Maka inilah hasilnya.

Baju sama je dengan yang lepas. Sebab sesi ambik gambar yang sama. Rasanya saya kena cari kain untuk blouse Melly pulak. Kain yang ada macam tak sesuai untuk blouse Melly. Bolehlah jadi alasan untuk shopping kain. Haha!

Untuk dapatkan sehelai maxi skirt untuk Melly, memang gunakan elok-elok satu ela kain. Lain kali saya akan try mix and match kain pulak.

Untuk skirt ni saya letakkan border lace antara bahagian atas dan bawah. Dah macam boho maxi pulak dah kan. Takpe. Janji saya suka, Melly pun suka.

Ok. jumpa lagi!


Made by Maya, Milimelie, Skirt | 5 Comments
 

Skirt Labuh Milimelie
Thursday, June 05, 2014
Posted on 4:23:27 PM | 4 Comments

Alhamdulillah. Berjaya juga saya akhirnya nak jahit skirt labuh Melly ni. Cita-cita dari sejak tahun lepas, kalau ikut dalam blog ni lah. Haha..

How time flies. Melly sekarang dah ada kawan untuk posing sama. Harez pun nak join, dengan selipar besarnya. Tapi tak ada maxi skirt untuk Harez sayang sebab maxi skirt cuma untuk perempuan.

Simple je saya buat skirt ni. 2 tier je, untuk permulaan. Bahagian atas sampai ke lutut. Selebihnya bahagian bawah, lebih kembang. Kain saya gunakan apa yang ada dalam simpanan. Lama tak shopping kain sebenarnya. Lama juga tak ikut perkembangan designer cotton. Apa corak terbaru yang boleh buat hati terkinja-kinja. Dah berapa harganya sekarang. A lot of things to catch up. Akan saya teruskan.


Made by Maya, Skirt, Milimelie | 4 Comments
 

Skirt untuk kanak-kanak
Thursday, October 17, 2013
Posted on 11:49:17 AM | 5 Comments

Hai!

Lama kita tak jumpa kan ;-)

So hari ni saya nak tunjuk skirt untuk kanak-kanak yang berjaya disiapkan dalam sibuk-sibuk kita beraya haji. Lama sebenarnya tak jejak studio (studio lah sangat) menjahit yang dah makin berhabuk dan bersawang tu. Insyaallah akan aktif semula.

Kedua-duanya ada di Milimelie. Tapi kalau kalau nak buat sendiri, sangatlah dialu-alukan. Silalah ke Tutorial Skirt yang sempat saya kumpulkan ni. Boleh share lepas tu.

Next, memandangkan Melly yang dah semakin membesar ni, dah nak masuk sekolah rendah tahun depan ni, saya akan mula untuk menjahit skirt labuh untuk kanak-kanak pula. Doakan saya terus rajin ya. :-)


Made by Maya, Milimelie, Skirt | 5 Comments
 

Milimelie
Friday, October 04, 2013
Posted on 12:28:14 PM | 4 Comments

Wajah baru. Nama baru.

Silalah menjenguk ke http://www.rosado.my/milimelie/


Made by Maya, Milimelie, Kedai Saya | 4 Comments
 



Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server