HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Kedai Saya

Milimelie
Friday, October 04, 2013
Posted on 12:28:14 PM | 3 Comments

Wajah baru. Nama baru.

Silalah menjenguk ke http://www.rosado.my/milimelie/


Made by Maya, Milimelie, Kedai Saya | 3 Comments
 

pesta
Saturday, March 20, 2010
Posted on 3:56:20 PM | 4 Comments

ada pesta buku di pwtc.
ada pesta belon di putrajaya.

bangun awal pagi. bersiap-siap.

kami ke pesta belon.

di putrajaya.

nampak sangat bukan ulat buku.
hihi..


Corat-Coret, Kedai Saya | 4 Comments
 

Peasant Dress
Thursday, March 04, 2010
Posted on 12:03:52 PM | 12 Comments

Layan gambar jer lah eh... semuanya ada di kedai saya.
Selamat menjamu mata. Buleh beli kalau berkenan. :D


Made by Maya, Dahlia Dress, Kedai Saya | 12 Comments
 

lagi tiered dress
Monday, July 27, 2009
Posted on 5:03:46 PM | 20 Comments

tak tau dah nak bagi nama apa kat dress nih.. haha

sama je konsep dengan dress sebelum ni. tapi ni versi pendek, paras lutut kalau cukup tingginya. sebab ni saiz 2 tahun, kalau melly pakai, bawah sikit dari lututlah. dan tier ke-3 tu pendek sikit dibanding 2 atasnya.

and yes. dress ni untuk dijual.

sebenarnya belum siap sepenuhnya. butang belum pasang lagi ni. padahal bajunya dah siap 2 minggu lepas. sekarang ada sindrom malas ambik gambar pulak sebab dah kurang nampak cahaya matahari...

kalau ada yang nak cuba buat, ni ada sikit tips. guna pattern tiered skirt yang saya link kan sebelum ni pada entry newbie tu. untuk bahagian badan, boleh ikut tutorial ni (boleh panjangkan sikit bahagian dada tu. kalau nak lagi advance, try buat bahagian badan ikut peasant blouse. cantumkan je skirt dengan bahagian badan. kalau sekali buat tak jadi, kali ke dua mesti jadi.

gambatte!


Made by Maya, Dahlia Dress, Kedai Saya | 20 Comments
 

Tiered Maxi Dress for sale!
Saturday, July 11, 2009
Posted on 10:18:55 PM | 9 Comments

sebab hari ni restoren tutup, sempatlah saya siapkan dress ni. sanggup, walaupun menjahit sambil memangku melly. ok. melentur buluh biar dari rebungnya orang kata. lagi pun dia cuma tengok je. tak berani nak usik sebab takut saya marah dan suruh turun.

sama pattern macam dress dalam entry ni.

melly dah ada baju kurung dari corak yang sama. sebab tu baju ni saya nak let go. saiz memang sebiji macam entry yang saya link kan tu. boleh pakai lama sebab kainnya panjang. kalau lama sikit boleh jadi skirt pulak.

sila klik sini untuk keterangan lanjut

tq!


Made by Maya, Dahlia Dress, Kedai Saya | 9 Comments
 

nyawa-nyawa ikan
Wednesday, April 15, 2009
Posted on 10:28:55 PM | 14 Comments

kedai saya tu memang dah nyawa-nyawa ikan sekarang ni, akibat daripada kemalasan saya yang melampau. ok. saya dah tak boleh malas-malas lagi.

untuk itu, saya dah masukkan koleksi baju kurung kotton di kedai saya untuk tatapan semua. silalah menjamu mata. kalau berkenan jangan lupa bagitau saya. klik pada gambar untuk jamuan mata yang lebih enak.

kali ni saya tak jahit baju ni sendiri. ini projek join-venture antara saya dan makcik saya, cik siti. walaupun makcik, dia masih muda tahu. kali ni kami tambah saiz untuk 5 dan 6 tahun juga. banyak lagi akan menyusul nanti.


Corat-Coret, Kedai Saya, Baju Kurung | 14 Comments
 

new seller in town
Wednesday, August 13, 2008
Posted on 9:54:19 PM | 4 Comments

pyjamas for your kids. by rina.
tapi sayang tinggal sepasang saja. click picture for more info...

i love the little girrafe, elly, lion, tigger, zebra.. cute2 belaka.
aku dah order sepasang. nak try tiru characters yang comel2 tuh!

tq rina for joining us!
;)


Corat-Coret, Kedai Saya | 4 Comments
 

CTCollection
Monday, July 14, 2008
Posted on 11:59:08 PM | 6 Comments


Some has been taken. Click here for more info

memandangkan mase aku yang cukup tak cukup, aku berjaya berganding tangan dah bahu dengan cik siti untuk hasilkan baju kurung readymade ni. saiz, masih sama macam saiz yang aku buat sebelum ni, & available untuk umur setahun sampai 4 tahun. so, kali ni aku guna brand CTCollection, sempena nama cik siti.

asasnya memang aku belajar buat baju kurung dari mak. tapi banyak juga aku belajar dari cik siti. macam cara-cara nak buat kain berzip + getah + kain keras. cara-cara potong kain. cara-cara nak buat kebaya & kebarung.. heh! dulu aku pernah buat kebaya & kebarung, jangan tak caya.. sekali tu je lah. kebaya sekali, kebarung sekali. itu pun mase aku belajar dan rajin belajar dulu-dulu lah..

aku belajar buat mata lalat pun dengan cik siti. kesimpulannya, dia makan garam dulu dari aku lah. cik siti pun sekarang dah mula sibuk dengan tempahan baju rayanya. baju raya? puasa pun belum lagi. tak caya cuba tengok kedai jahit, banyak dah tutup tempahan untuk raya... aku? kalau rase malas nak jahit, aku beli ready made saje...


Corat-Coret, Kedai Saya, Baju Kurung | 6 Comments
 

Dresses for sales!
Thursday, June 05, 2008
Posted on 12:18:05 AM | 18 Comments

inilah projek hujung minggu lepas tu. baru siap touch-up semua & ambik gambar tadi.. aku dapat siapkan 4 jer., termasuk 1 untuk dahlia, sama ngan 'spring garden' tu. yang lagi 3 helai untuk dijual. click gambar atas untuk keterangan lanjut. gambar bawah ni sekadar untuk tatapan.. hehe..



good nite!


Made by Maya, Dahlia Dress, Kedai Saya | 18 Comments
 

Baju kurung di kedai saya
Monday, April 14, 2008
Posted on 1:53:45 PM | 4 Comments

Ini baju kurung yang aku ada setakat ni (akan ditambah lagi).. Sekarang ni tengah opening sale. Cepat! Cepat! Cepat dapatkan.. murah-murah saje..

Details, sila pegi ke katalog yang ala kadar ni.. Pada sape-sape yang nak join menambah-biak products kat katalog ni, sila bagi tau yer..


Made by Maya, Baju Kurung, Kedai Saya | 4 Comments
 

{ Older Post }



Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server