HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Dan Lain-lain

hitam dan putih, langsir dan bantal
Sunday, September 05, 2010
Posted on 12:00:43 AM | 7 Comments

raya dah makin dekat. akhirnya tingkap di dapur saya berlangsir. taklah ganaz mana pun. cuma elok sikit dari sebelum ni je. haha! sebelum ni cuma guna buluh bergulung tu dan gulung ke atas. huhu! oklah kan. dah tutup cam ni tak lah risau orang nampak saya nak menyeksis pakai spaghetti strap dalam rumah lagikan.

ada macam cacat (yang tak berapa nampak harapnya) sikit. belah bawah tu nampak kurang kedut. kain tak cukup. haha! saya buat ni pun sebab ada lebih kain langsir untuk studio menjahit saya tu. sib baik ok jugak kan walau pun kain macam tak cukup.. sebelum ada yang tanya, kain ni saya beli kat ikea, awal tahun hari tu.

perasan tak, jiran belakang rumah saya cat dinding belakang rumah dia dengan warna oren. memang sangat meriah lah. lagi-lagi kalau tengah panas terik. suatu hari nanti nak buat photoshoot kat situ lah, mesti comel background oren. :P eh.. eh. tercerita pasal jiran lak. uppss..

yang ini pulak bantal lama bersarung baru. warna hitam. untuk diletak di kereta yang berwarna putih gitu. match sangatlah kononnya. dalam kereta saya memang kena ada bantal. sebab melly, walaupun perjalanan ke neseri cuma 2 minit, dia tetap akan terbaring tidur. lepas bersarung baru ni, bolehlah bantal tu camouflage dengan kusyen berwarna hitam. haha! kalau kotor pun tak nampak. senang sangat.


Made by Maya, Dan Lain-lain, Sewing Corner | 7 Comments
 

notice board
Friday, March 19, 2010
Posted on 7:28:33 AM | 10 Comments

saiz adalah 24" x 19".


hahhahhah! boleh tak skirt melly sama ngan notice board? lol! sabar jer lah. layankan saja mama kamu ni, melly.. hahaha!

ok. saya dapat idea yang sangat best ni dari Snazzy & Such. brilliant sungguh idea itu kan? tq tinn!

sebenarnya dah lama saya nak ada notice board. awal dulu saya beli white board. ingatkan senang lah kan. tapi..... asik saja diminta oleh elman & melly. makanya menjadi hak mereka sudah. dan lagi selalu saja tulisan tu terpadam. tak brilliant sungguh idea papan putih. untuk belajar boleh lah kan?

tapi lepas tengok tutorial tu, saya terasa macam... apesal mende macam ni pun saya tak boleh fikir?... hahahahaha! nampak sangat kering idea kan.


nota-nota dilekat menggunakan jarum peniti.


tapi saya tak guna batting tu pun sebab saya memang takde pun batting tu. frame pun saya takde. yang saya ada cuma gabus styrofoam. itupun bukan saya punya sebenarnya. suami saya punya. dah lama gabus tu lepak dalam store tu. entah apa tujuan asalnya pun saya tak ingat.

makanya, dengan lidah yang lemah lembut, saya pun minta izin suami saya untuk memotong sedikit gabus tu, dan memberikannya kepada saya.. hehe... bagus dapat barang free.

lepas tu, kain tu saya balutkan keseluruhan gabus tu, depan dan belakang, siap jahit tepi lagi. kain pun saya jahit supaya bercantum.. tapi ada lubang atas dan bawah untuk masukkan gabus tu. kain lebih, saya lipatkan ke belakang dan lekatkan ke gabus dengan menggunakan berpuluh-puluh jarum peniti kontot yang saya tidak gunakan lagi (sebab dah pandai guna jarum peniti yang panjang).

notice board comel saya tu, saya lekat ke dinding guna double sided tape saja tu. tak taulah berapa lama boleh bertahan. sama-samalah kita saksikan hoh!... :D

nota kaki: gabus/styrofoam/polystyrene -- adalah merujuk kepada perkara yang sama...


Made by Maya, Dan Lain-lain, Sewing Corner | 10 Comments
 

Dari sarung bantal peluk menjadi sarung bantal
Thursday, December 03, 2009
Posted on 11:40:53 PM | 19 Comments

Tajuk sikit punya cun kan, dah macam peribahasa bunyinya. Agak-agak apa maknanya?

Saya mula tidak berbantal peluk semasa tidur semenjak saya duduk di asrama, 20 tahun yang lepas. Dulu tak nampak sangat impaknya. Tapi sekarang, semenjak 7 tahun yang lepas, bila saya mula membeli cadar sendiri (cadar-cadar tilam tilam saja ok, takde katil bujang saya sebelum ni saya jahit sendiri jer. sebab kecik je kan), saya dapati ada pembaziran berlaku bila saya tidak menggunakan sarung bantal peluk tu.

Sayang tau, corak dah lah comel-comel sebab memanglah kita beli cadar comel, supaya mimpi kita lebih indah betul ke?

Ok. Jadi untuk tidak membazir lagi saya tranformasi kan sarung bantal peluk yakni bolster itu kepada sarung bantal biasa. Mahu tahu rahsianya? Tak perlu jahit tepi tahu. Dan sangat-sangat mudah jahit tangan pun buleh.

Mari kita mulakan.

1. Buka semua jahitan kecuali jahit tepi.

2. Kain dilipat melintang sesaiz bantal dan potong selebihnya. (Kalau ikut gambar di atas, potong bahagian yang nampak terbalik tu. Yang nampak saja, bahagian bawah kain yang dilipat jangan dipotong.)

3. Sekarang ukurkan kain lebih tu, selebar saiz bantal. Potongkan selebihnya (nak simpan pun boleh, mana tahu boleh buat craft di masa akan datang).

4. Untuk bahagian yang kita dapat dari no 3 tu, jahitkan ke dalam pada bahagian yang berjahit tepi.

5. Jahitkan bahagian sebelah lagi pada kain yang lebih besar (no 2) seperti dalam gambar diatas. Sila jahitkan pada bahagian kain besar yang berjahit tepi. Kemudian, bentangkan seluruh sarung bantal yang belum siap tu seperti gambar di atas.

6. Di sini ada gambar tertinggal. Gunakan kretiviti sendiri untuk gambarkan ya. Lipat kedalam bahagian lidah sarung bantal yang terkeluar tu. Dengan ini, basi pada bahagian yang tidak berlidah akan terlipat juga. Jahitkan basi kain tu, dan teruskan jahitan sehingga di atas lidah sarung bantal yang sudah dimasukkan kedalam. Jahit sampai hujung.

Harap-harap penerangan saya sampai. Kalau tak, sila gambarkan sekali lagi.

7. Kemudian, lipatkan, dengan bahagian dalam ke luar. Jahitkan pada bahagian yang belum bersambung, iaitu bahagian B & C.

8. Terbalikkan. Dan jahitkan bahagian A, B & C. Jangan pulak sampai terjahit bahagian mulut bantal ya murid-murid.

Hasilnya? Adalah sarung bantal yang sudah disarungkan pada bantal yang sangat gebu dan mengiurkan dan seperti memanggil-manggil kita tidur.

Ok. Tiba-tiba rasa mengantuk. Perlu tidur sekarang. Good night!


Made by Maya, ~ Craft Tutorials, Dan Lain-lain | 19 Comments
 

cross-stitch terakhir
Saturday, May 16, 2009
Posted on 10:16:17 PM | 6 Comments

migration dah ok. tapi ada sikit sangkut-sangkut. macammana ni en johan? :)

ok. cerita lain.
ini cross-stitch terakhir yang saya rasa saya siapkan dalam tahun 2002 mungkin. sebab seingat saya, saya tak buat dah cross-stitch ni lepas saya berkahwin. dari sinilah saya belajar macammana nak buat french knot. dan saya rasa macam saya pernah ada buku cross-stitch dulu tapi macam tak pernah nampak pulak sekarang. eh, ke saya pinjam buku orang lain? haha!

cross-stitch terakhir saya ni hasilnya adalah 20" x 16" (52cm x 41cm)

err.. sebenarnya saya pun tak ingat cross-stitch terakhir ni dah siap ke belum. rasanya dah kot. tapi saya confuse gak, kalau dah siap, kenapa saya tak frame kan.. hah ha.. saya pun tak tau nak buat apa dengan benda ni. any idea? giveaway entry ke-1000 ke? hehe..

dah lama benar tersimpan dalam kotak tu. paling kurang pun dah 7 tahun. dah boleh kira barang sejarah tu, lebih tinggi nilainya. haha! benang-benang lebihnya pun dah selamat separuh saya buatkan embroidery pada baju anak saya.

tak banyak saya buat cross-stitch ni. sebelum yang ini, cuma ada 2 cross-stitch yang saiznya lebih kurang A4 paper, dah saya framekan di rumah dikampung saya. satu gambar bunga matahari, dan satu lagi rumah di tepi tasik juga. itu sajalah. saya buat dulu pun asalnya sebab saya tengok rumah orang lain semua ada hasil cross-stitch diframekan. tapi kat rumah saya kat kampung tak ada satu pun. jadi saya buatlah untuk diframekan.

nota kaki: sungguh nostalgik gambar ni kan. mana nak jumpa kolam tepi rumah sekarang ni.. yang ada swan. uh ok, itik serati pun jadilah... lama tak nampak.. rindunya


Made by Maya, Dan Lain-lain, Sewing Corner | 6 Comments
 

tissue holder
Friday, May 01, 2009
Posted on 12:23:33 PM | 8 Comments

lepas saya siapkan segala benda untuk di bawa bercuti, tiba-tiba papa kata nak basuh kereta dulu. sebab semua dah siap, jadi sambil saya tunggu papa hantar kereta pi basuh & ambil abang dari sekolah, saya buat tissue holder ni, sebab saya tengok tisu tu dah macam nak terburai dok dalam tote bag saya tu..

sekejap je buatnya... syok boleh letak purse sekali kat belah selit belakang tempat tisu tu. senang bawak benda ni kemana-mana. nak tertinggal pun senang

nota kaki: kami akan ke luar bandar lagi lepas ni. ;)


Made by Maya, Dan Lain-lain, Bag | 8 Comments
 

topi sayur, the sunbonnet
Saturday, January 24, 2009
Posted on 9:06:12 PM | 18 Comments

saya dapat idea nak buat sunbonnet ni dari jurra. ok jurra panggil topi nyonya jual sayur. memang macam topi nyonya jual sayur pun. saya nak pendekkan, jadi topi sayur saja. TQ jurra. nanti bagi idea lain pulak yer.. hehe.. padahal dah melambak idea dia bagi, cuma saya yang pilih-pilih nak ikut yang mana.

saya cari tutorial untuk buat topi sayur ni. susah juga asalnya sebab tak tau keywordnya. kalau letak hat, melambak-lambak topi yang biasa tu. letak chinese hat, banyak lak made in china yang keluar. ni saya ambik idea jurra laa sebab dia letak nama nyonya. haha..

tapi akhirnya, saya jumpa juga di http://curiouslycrafty.wordpress.com/milinery/. tak sama tapi serupa. kira basic dia dah ada. saya bega sikit bahagian bawahnya untuk dapat bentuk wavy seperti yang saya kehendaki. jadilah macam bentuk roket seperti di bawah.

untuk saiz, saya guna topi yang sedia ada. topi tu saya lipat 2 dan kemudian dilipat 3. kan saya dah kata saya suka menekap saja. tak payah pening kepala nak buat kira-kira macam comment box saya kan. sebenarnya, topi ni dah sempit. saya terlupa nak besarkan.. lalalalala... mungkin kalau saya rajin nak buat lagi nanti saya nak bagi wavy dia lebar sikit.. taklah nampak cam terkontot gitu kan..

jadi, potonglah kain bentuk cam ni 6 helai untuk bahagian luar, 6 helai untuk bahagian dalam macam kat tutorial tu. untuk topi ni memang saya buat pattern kat kertas dulu. sebab nak buat topi, saiz kena ngam-ngam, tak macam buat baju, setakat lebih setengah inchi takde hal. buat topi ni, kalau lebih setengah inchi, 6 bulan lagi baru buleh pakai. tapi kurang setengah inchi lak, kene tunggu adik baru lah jawabnya. itupun kalau adik baru tu pompuan.. heh hee...

topi sayur yang saya buat ni reversible. bolehlah nak ikut tema baju kan kononya. tengoklah cek mek molek ni bila ambik gambar, dah mula nak terteleng-teleng. layan jer lah kan..

selalu saya potong kain masa dahlia tidur. tapi hari ni sebab masa dia tidur, saya pun tertidur sama, maka saya potong kain masa dia berjaga. sibuklah dia nak kain juga. kalau tak bagi, dia baring atas kain yang saya bentang. maka saya bagilah sehelai. dah tu dia mintak gunting pulak. amboi.. betul nak tolong ni.

ok. lepas ni ni nak bersiap-siap untuk esok pagi-pagi ada tugas yang perlu dibereskan. hari isnin baru balik kampung. jumpa lagi!


Made by Maya, Dan Lain-lain, Sewing Corner | 18 Comments
 

i like bermakna saya suka
Tuesday, December 23, 2008
Posted on 11:57:03 PM | 9 Comments

inilah gambar blouse yang saya dah buat tu.
eh.. salah gambar.. hehe.. saje buat lawak bodo tengah-tengah malam nih.. tapi, comelkan gajah ni?

ok. ni gambar yang betul. ada cacat celanya sebenarnya.. tapi macam tak berapa nampak.. cuma, kalau pakai sendiri, tahulah.. haha..

template baju ni saya tekap dari baju-baju (baca: baju-baju sebab bukan cuma 1 baju yang saya refer) berkain jersey yang sedia ada. yer... saya tak pernah belajar buat blouse.. buat lengan semua tu, tapi dari kecik saya sangat suka tengok mak saya potong kain dan menjahit. sampaikan memang saya buleh duduk sebelah mak saya dari mula sampai habis menjahit. secara tak langsung saya tahu jugalah sikit-sikit cara nak potong kain, especially tang lengan tu yang saya tak berepa berkenan..

banyak juga yang saya belajar bila buat baju ni. salah satunya, lobang kepala kene luas sikit. yang ni memang sempit bila nak pakai.. tapi buleh jugaklah lepas walaupun kepala saya bersaiz agak besar. tu pun ala-ala cukup nafas jer... sebab masih buleh masuk, saya pun malas nak betulkan.. senang juga sebenarnya, sebab takler asek terdedah bile tudung saya terselak.. hehe..

satu lagi lengan tu, saya nak buat lengan ala-ala baju siti nurhaliza tu.. tapi saya rasa, patutnya kedut tu separas siku.. dan ropol dia biar panjang sikit. yer lah ni pun saya buat takde ikut mane2 baju depan mata sebab saya tak pernah ada baju berlengan gitu. saya agak-agak saja sambil teringat-ingat baju jenis camni kat kedai yang siangnya saya pergi (sambil saya tengok-tengok cemana cara jahitannya. ah kenapa lah tak terfikir nak test baju tu. rugi.. rugi..).

overall, bila pakai baju ni takdelah saya rasa tak selesa. so, saya kira, saya pass lah juga untuk baju sendiri.


Made by Maya, Dan Lain-lain, Sewing Corner | 9 Comments
 

cubies
Sunday, July 27, 2008
Posted on 10:59:54 PM | 2 Comments

saje aku tiru ala2 name fanclub nubhan.. haha.. cubies..

boring hari ni. semangat entah hilang ke mane. banyak lagi baju kene jahit. tapi aku terasa macam kene rehat. tapi serius, badan lemah lesu rasanya hari ni... aku ambik kesempatan di kemalasan aku nih.. buat 3 cube atas tu..

sebenarnya aku nak buat soft toys.. untuk cik adik manis tu.. yang bentuk gajah, girrafe, hyppo, etc tu lah.. tapi aku rase x cukup tere lak.. kene cari pattern lah, baru buleh jadi comel kan.. so, atas sebab tu lah, aku cari yang short-cut ni.. buat cube ni jek.. paling sonang. kakaka..

aku guna perca kain je. ada 2 tu lebih kain rina.. hat lain lebih kain aku hat murah-murah tu lah. 1 tu aku jahit tangan seluruhnya.. lambat lak siap.. so, lagi 2 aku gune mesin jek lah.. *cheating*.. cume part cantum lepas masuk kapas tu jek pakai tangan..

aku buat 3 tu sebab, 1 adik punye nak bawak sekolah. 1 tinggal kat umah. 1 lagi mesti kene ade untuk abang jugak kan.. huhu.. nasib ler yang bunge-bunge pun.. nampaknya adik suka.. dipeluk-peluknya.. kalau tengah marah dibaling-balingnya.. kadang dibuat baring cam bantal.. abang lak, memang jadik bola lah kene sepak cubies tu..


Made by Maya, Dan Lain-lain, Sewing Corner | 2 Comments
 

peasant blouse kaler hitam
Saturday, June 28, 2008
Posted on 9:42:19 PM | 11 Comments

aku buat ni ahad lepas. peasant blouse saiz besar.
potong kain kat kampung. mak kata apesal cam baju nak berkabung je. huhu.. zaman ni orang memang pakai hitam lah mak. lagik pun anak mak ni konon nak nampak selim sket kan.. huhu..

jahit tepi pulak kat umah cik siti sebab nak test mesin jahit tepi baru dia. aahh.. laju sangat, sampai aku tak reti nak control. mesin jahit pun laju gak. tu tak sanggup nak siapkan kat umah dia tu.

dah balik umah sendiri baru sambung siapkan. nak try jahit getah kat leher ngan tangan tu lekat kat kain. tapi susah ya amat. tak tau cemane cara yang betul. konon nak kasik getah tu maintain, and tak terbalik-balik kat dalam lipatan kain lah. sebab untuk baju saiz besar ni aku try guna getah lebar sikit... terkial-kial aku try. dah tak boleh tu, guna jek lah cara biasa aku buat..

bila dah siap getah tangan & leher, try lak buat bahagian bawah blouse tu. asalnya letak getah gak 5" dari bawah tu. aahh.. first time buat shirring. shirring tu jadik, tapi bila pakai cam tak cantik pulak.. kene tengok badan jugak kot.. hehe.. so, aku bukak balik & buang lah getah shirring 5 baris tu. sayang jek.. pas tu try lak letak getah atas sikit dari pinggang. pun cam pelik gak.. jenis kain dia kot.. kain ringan.. ari tu nampak cam berat. huhu.. pandai buat alasan kan..

so, aku decide biar gitu je. dah pakai pun jumaat lepas ke opis. kawan aku bagi idea letak kedut kat tepi.. balik tu, aku buatlah kedut-kedut tu. pas tu aku tambah sket, letak reben.. sebabnya itulah paling senang pun, tak yah letak butang ke ape kan... maka inilah hasilnya..

hehe.. ade gaya model tak? model poyo..


Made by Maya, Dan Lain-lain, Sewing Corner | 11 Comments
 



Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server