HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Photography

B.A.L.I.
Tuesday, October 12, 2010
Posted on 7:30:29 AM | 22 Comments

Tadaaa!!!!!

Saya baru balik dari Bali. Seronok! Suka tengok kreativiti orang Bali. Orang Bali memang sangat kreatif. Buminya dah memang cantik. Tambah pulak dengan senibina dan hasil krafnya. Haduhaiii..



Corat-Coret, Travelog, Photography | 22 Comments
 

mencari inspirasi pada bunga di cameron highland
Friday, July 23, 2010
Posted on 7:53:46 AM | 7 Comments

salam hari jumaat. ;)

ya. saya adalah perempuan yang suka bunga.
walaupun banyak nama bunga yang saya tak tau.



bagitau lah saya.
yang mana satu kamu suka?

selamat berhujung minggu!
mana pulak destinasi hujung minggu ni yea?


Corat-Coret, My Garden, Photography | 7 Comments
 

tips nak gambar jadi cantik
Wednesday, April 21, 2010
Posted on 8:48:26 AM | 35 Comments

dah kurang menjahit ni, banyaklah perkara saya boleh merapukan, kan. kali ni saya nak bagi tips untuk gambar jadi cantik. untuk rekod, tak semua gambar dalam blog saya diambil menggunakan dsrl ya. harap maklum (ceh! bunyi cam riak lak. mintak maaf ye kawan-kawan - harap jangan salah faham - kakaka!). banyak juga yang saya ambil gambar guna compact powder camera atau kamera telefon je. so far, yang saya tahu, camera telefon yang paling best adalah sony ericsson. nokia ke, iphone ke, agak kurang hasilnya. (punahlah cita-cita saya nak jadi jurucakap iphone.)

dan, harus diingat, tips ni bukan untuk menjadi fotografer yang berjaya. tips-tips ni sekadar dipakai untuk blog-blog bergambar macam blog ni. jadi, jangan harapkan saya cerita tentang aperture, lens, speed lite etc etc, ok? saya cuma mahu cerita yang basic-basic je. untuk orang yang tak-paham-paham-apa-bende-tu-semua macam saya (wah! tiba-tiba nak semua orang macam saya pulak :D).

giler panjang mukadimah. ok. mari kita mulakan.

1. ambil gambar di tempat yang CUKUP CAHAYA. orang dslr kate guna natural light kan. betul. cuma saya nak bagi alternatif, jangan kata saya bagi ajaran songsang pulak ya. yo lah pegi keje gelap lagi, balik keje pun dah gelap, mane nak cari cahaya mentari? guna jer lah cahaya lampu yang menyuluh ke arah objek.. carilah mentol hat paling terang sekali. cahaya yang cukup adalah penting untuk elakkan gambar menjadi kabur. nak pakai flash boleh, tapi kalau pakai flash, jangan ambik gambar dekat sangat. ambik jauh sikit. lepas tu crop (kalau ada software lah).

2. KEMASkan kawasan keliling yang nak dimasukkan ke dalam gambar. bukan hipokrit ke apa, tapi kalau orang datang rumah kita pun, kita kemas rumah kan, untuk menghormati tetamu. ha, dalam blog, pengunjung blog adalah tetamu kita, takkan nak bagi dia tersepak bantal di tengah ruang tamu kan. kalau boleh, ambil gambar di tempat yang lapang (kecuali kalau background adalah cantik). kalau nak ambik gambar di tepi dinding, pastikan permukaan dinding tidak terlalu menonjol berbanding subjek, contohnya, lukisan-lukisan dinding dari kanak-kanak riang.

3. kalau ada AUTO SETTING, gunakan dengan betul. sama ada setting untuk close-up, untuk kanak-kanak riang yang berlari-lari, gambar malam etc.. etc..

4. ambil gambar banyak-banyak dari PELBAGAI ANGLE. dari atas, bawah, depan, belakang, kiri, kanan. bukan nak pakai pilem pon kan?.. ambik je banyak-banyak tak rugi apa pun, TETAPI..... (tips seterusnya yang paling penting)

5. tips yang paling-paling penting ni. rahsia untuk gambar-gambar kita nampak cantik ialah, letak gambar YANG CANTIK SAHAJA. supaya gambar kita akan cantik-cantik belaka, sebab tak tunjuk yang tak cantik. jadi, pilih gambar YANG CANTIK SAHAJA. walau sebanyak mana pun gambar diambil, kalau ada 1 je yang cantik dalam banyak-banyak gambar tu, letak 1 je dalam blog atau kamu akan menyesal di kemudian hari.

6. akhir sekali, letak WATERMARK. kita tak mau baju yang kite jahit-tetas-jahit-tetas untuk nampak cantik sampai berpeluh-peluh ketiak tu nanti, ade pulak orang ngaku tu dia yang buat kan. letak watermark yang cute-cute biar jadi nampak macam.. wow!

ok. itu sahaja. harap-harap dapat membantu. kalau nak tips pasal edit gambar, tanya saja pada pakcik google. ada banyak jawapan dia boleh bagi. details lagi. kalau pasal manual setting untuk kamera pun boleh tanya pada yang pakar ya. saya tak pakar. :)

gud luck!


Corat-Coret, Photography, Tips dan Petua | 35 Comments
 

vintage, katanya...
Wednesday, December 23, 2009
Posted on 11:42:00 PM | 5 Comments

orang kata practice make perfect...

ni gambar asal

dan ini setelah di touch-up.

ok. bukan saya yang discover pun. saya ambil dari tutorial ni:
http://veerle.duoh.com/blog/comments/photoshop_vintage_effect/

ataupun, kalau mahu lagi senang, boleh download file action di sini:
http://photoshop-stock.deviantart.com/art/Vintage-Effect-Ps-Actions-100468287

nota kaki: pasal pokok jambu kat background belakang tu. takde sapa pun teringin nak panjat. baik anak-anak saya, atau anak-anak buah saya. kalau kita masa kecik-kecik dulu, suka sangat panjat pokok..... lain betul budak sekarang.


Scrapbook, Tutorials, Photography | 5 Comments
 

Nur Kasih: Siri Yang Tiada
Thursday, August 27, 2009
Posted on 9:26:11 PM | 16 Comments

aidil & adam gemar menanam pokok pisang di keliling rumah mereka semasa kecil. kini yang tinggal cuma cucu-cucu pokok pisang tu saja. pokok asal dah lama tumbang.


ini jalan bajak yang dibawa oleh adam ketika melarikan diri dari ayahnya sewaktu berumur 15 tahun. kalau tengok dekat, nampak bekas tayar bajak tu. nyaris-nyaris nak masuk parit. sebab tu dihadang dengan kayu-kayu tu.


hah! ada jugak gambar dekat. tu kan nampak bekas tayar bajak tu. bajak yang digunakan pulak dah tak nampak, masuk workshop sebab terkejut hampir-hampir lemas di dalam parit.


ini pula kawasan belakang rumah pak hasan, dilihat dari jauh. sayang tak nampak pak hasan sedang menabur baja di sawah. terkeluar sikit dari gambar.


aidil dan nur berjumpa di bawah pokok sukun ni lah masa mula-mula dating eh jumpa kat kampung. masa tu adam belum kawin dengan nur lagi.


tu nampak rumah bumbung merah tu? hah.. dari jauh sarah tengah tengok aidil jumpa nur di bawah pokok sukun di seberang sini sawah. jauh pun buleh nampak. taulah mata sarah tu cemana kan...

.

.

oklaa.. cerita di atas hanya rekaan semata.

sebenarnya frust tak jumpa rumah pak hasan masa balik kampung hari tu. tiba-tiba nampak bentuk rumah semua macam sama je. bila dekat, tak sama pulak macam kat gambar rumah pak hasan kat tv3 website tu.

tsk.


Corat-Coret, Fiction, Photography | 16 Comments
 

improvement
Friday, July 17, 2009
Posted on 9:10:13 PM | 5 Comments

nampaknya dah ada improvement kira-kira melly sekarang daripada yang dulu.

(huruf tegak tu suara mama. huruf condong tu melly ikut)

satu
dua

dua
tiga

tiga
apat

empat
ime

lima
enam

enam
tijuh

tujuh
apan

lapan
kekelan

sembilan
leluh

sepuluh
yay!

tengok. sapa yang ajar sape sekarang?
heh he he..


Corat-Coret, Anak-anak Kita, Photography | 5 Comments
 

the lurve of my life
Saturday, July 11, 2009
Posted on 11:50:21 AM | 4 Comments


forever and ever..


Corat-Coret, Anak-anak Kita, Photography | 4 Comments
 

sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Monday, July 06, 2009
Posted on 11:03:09 AM | 14 Comments

memang sangat sesuai peribahasa itu.

inilah jadinya bila hobi saya tidak lagi menjadi suatu terapi. 3 bijik komputer dirumah saya yang dah macam lab tu sebenarnya sangat melemahkan saya. huh! kenapalah ramai sangat orang pandai-pandai membuat applikasi-applikasi yang melekakan dan menyeronokkan. kan bagus kalau tak ada. tak terpanggil-panggil jiwa raga saya nak berfacebook.

tapi, saya gagahkan juga diri saya sendiri.

saya potong kain sikit. saya berhenti bila melly saja carik pasal. sambung esok. saya jahit sikit. saya berhenti bila melly mintak pangku nak ikut jahit sama. sambung lagi esok. itupun kadang-kadang ade terskip 2-3 hari.

TAPI... orang kata.. sikit sikit lama jadi bukit.

makanya.. inilah dress yang menjadi idaman kalbu siang dan malam yang saya nampak designnya macam dina pakai di birthday party armand dubies tu. tengok. dah jadi idaman kalbu siang dan malam pun saya masih bertangguh-tangguh.

dari depan. nampak princesslah kononnya... hehehhe..

pandangan sisi

reben halus di belakang

kain-kain saya beli di nagoya dan kamdar. tahun lepas saya beli. nampak tak berapa lama kain-kain tu terkurung di dalam bekas plastik di rumah saya. tak pe lah.. sekurang-kurangnya jadi baju jugak akhirnya. ada lagi sehelai yang kainnya saya dah potong tapi masih belum berjahit. kena cari masa dan tenaga dan upaya dan semangat ni nak menjahit.


Made by Maya, Dahlia Dress, Photography | 14 Comments
 

mak limah masuk sawah
Sunday, June 07, 2009
Posted on 10:44:42 PM | 5 Comments

first time mak limah bersanggul mak enon ni masuk sawah.

macam takde idea nak tulis apa. layankan saja gaya mak limah dalam gambar-gambar ni semua...

mula-mula belek daunnya..

lepas tu belek batangnya..

lepas tu nak belek akarnya pulak..

isk isk.. susahnya nak cabut pokok padi niiiiii....


Corat-Coret, Anak-anak Kita, Photography | 5 Comments
 

bunga
Saturday, June 06, 2009
Posted on 1:22:04 PM | 2 Comments

saya tak berapa reti, minat, suka dalam hal menanam bunga. saya cuma suka tengok dan berharap ianya ada di halaman rumah saya tanpa berbuat apa-apa. hahaha...

ok lah.. ok lah.. sebenarnya bunga-bunga saya banyak mati selepas saya melahirkan melly dan saya jarang-jarang melayan bunga. pada saya melly terlalu comel untuk saya tinggalkan pergi membelai bunga-bunga tu semua. kenapalah tulisan saya selalu tersasar-sasar akhir-akhir ni. oh baru saya teringat, sebab saya dah asyik sangat dengan mesin jahit rasanya. sebab tu saya jarang-jarang berada di halaman rumah.

inilah bunga-bunga yang tinggal.


asal usul bunga ni jauh. berasal dari tg malim dan dibawa adik saya ke kampung dan setelah berkembang biak, saya bawanya ke rumah saya.

berasal dari rumah makcik saya dan dibawa ke rumah mak saya di kampung, dan akhirnya tiba di halaman rumah saya jua. tapi sudah hampir pupus di rumah saya. ini saki baki terakhir. takpe. banyak lagi di rumah mak saya kalau mahu.

lama juga pokok bunga ni nak menjalar naik ke bumbung. saya suka baunya dan saya baru saja tau namanya bunga harum malam. eerrkk..

ini pula bunga yang paling mudah hidup di halaman rumah saya. tak payah tanam pun hidup. di cabut-cabut di tebas-tebas pun masih hidup. jadi, saya relakan sajalah.. si bunga lalang.

yang ini bunga jiran saya.. hahhaha.. sebab bunga saya tak banyak, boleh kan tumpang bunga jiran sebelah?


Corat-Coret, My Garden, Photography | 2 Comments
 

{ Older Post }



Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server