HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Kisah Saya

Car Porch - Selepas 3 bulan
Wednesday, September 17, 2014
Posted on 5:48:19 PM | 8 Comments

Sekarang kita tengok bahagian car porch yang sekangkang kera tu pulak.

Ni gambar sebelum.

Dan yang ni selepas.

Nampak tak ada banyak yang bertukar. Sebab tangan saya ni orang kata tangan sejuk panas. Haha! Ada pokok boleh hidup. Ada yang arwah. Kesian kan saya. Lagi-lagi kalau jenis berbunga. Bunga keembong pun tak mau berbunga dik.

Next project nak tanam pokok biola cantik, atau ketapang brazil, atau fiddle leaf fig aka ficus lyrata ni dalam pasu besar. Lupa nak tanya tokey bunga apa diorang panggil pokok ni. Pasu besar pun belum beli lagi. Baru berangan. Bila dah cun nanti saya upload lagi. Haha!

Dan juga nak make sure akar dani aka rangoon creeper saya (tiada dalam gambar) dapat memanjat dengan baik. Tokey pokok bunga tak paham akar dani, sampai saya google dan tunjuk gambar. Then dia kata, ooohh.. cakaplah rangoon creeper. Haha.. baiklah! Saya letak sini, so lepas ni saya boleh buat ulangkaji di sini sebelum ke kebun bunga. :-)

Dan satu lagi pokok bunga mandevilla. Menjalar jugak. Sebab saya nak seimbangkan kiri dan kanan porch. Nanti kita tengok sapa yang naik dulu ya.


Corat-Coret, My Garden, Kisah Saya | 8 Comments
 

Vertical Garden - Selepas 3 bulan
Friday, September 05, 2014
Posted on 12:45:42 PM | 2 Comments

Ingat lagi tak kayu pallet yang ditukang untuk jadi vertical garden yang kitorang buat bulan May lepas?

Tak ingat pun takpe. Ini gambarnya.

Dan inilah gambar selepas 3 bulan:

Alhamdulillah. Menjadi seperti yang diidam-idamkan. Terima kasih banyak kepada makcik saya yang banyak menolong memeriahkan suasana belakang rumah.

Yang lagi seronok tu, jiran-jiran pun dah terikut sama start menanam balik. Makin meriah lah belakang rumah kami nanti.


Corat-Coret, My Garden, Kisah Saya | 2 Comments
 

Cerita bunga lagi
Saturday, May 10, 2014
Posted on 8:03:04 AM | 0 Comments

Kita sambung lagi cerita bunga ya. Baru 4 entries, so belum tahap obses lagi kot. Haha.. Kali ni saya nak cerita pasal nama bunga yang ada di rumah saya buat masa ini. Saya bukanlah expert. Jadi memang jenuh nak mencari nama bunga ni.

Inilah barisan terbaru di car porch rumah saya. Biasalah kan, boring-boring tukar baris. Boring lagi tukar baris lagi. Jangan pokok-pokok ni pening sudah.

Yang putih tu nama dia Hydrangea ataupun nama Melayunya bunga Tiga Bulan. Hah haa comel je nama.. Kenapa nama dia Tiga Bulan? Sebab... bunga dia boleh tahan tiga bulan. Best betul. Nama lain bunga ni ialah bunga Siti Zubaidah. Bunga ni sebenarnya beracun. Saya pun baru tau. Jadi kena ambik extra precaution lah nampaknya. Jangan sampai dicapai budak kecik tu. Bahaya kalau dia masukkan mulut.

Yang purple tu pulak namanya Mona Lavender. Walaupun rupa ada ala-ala lavender, tapi tak ada bau, maka dietakkan nama Mona dipangkalnya. Bukan main sedap namanya ya.. cantik pun cantik.

Yang kuning dan oren tu namanya Tapak Dara atau nama orang putihnya Geranium. Buat masa ni ada dua warna ni jer lah kat rumah saya ni. Yang bunga kecik-kecik kat depan tu namanya dianthus. Tapi nampak macam tak tahan lama lak jangka hayat pokok tu..

Yang ni rasanya semua orang pun tau. Bunga Ros. Yang ni ros kampung. Kecik-kecik je bunganya.

Ok. Sampai sini dulu... Selamat berhujung minggu!


Corat-Coret, My Garden, Kisah Saya | 0 Comments
 

Idaman #2014
Monday, January 13, 2014
Posted on 12:22:07 PM | 1 Comments


Corat-Coret, Kisah Saya, Ceritus | 1 Comments
 

Band di KSSR
Thursday, January 17, 2013
Posted on 10:07:12 AM | 4 Comments

Salam. Lama tak duduk sini. Eh! dah tahun baru rupanya...
Oklah. Saje nak borak-borak.

Semalam dapat keputusan keseluruhan band untuk Elman masa dia Tahun 2. Dalam sistem KSSR ni, tak guna ABC dah. Main guna Band pulak, B1 sampai B6. So, semalam, kitorang refresh balik pasal Band ni. Maka encik suami pun berceritalah. Macam ni ceritanya.


Katakan subjek tu pasal makan.

Band 1 maksudnya budak tu dah tau apa itu makan. Makan adalah bila kita masukkan sesuatu ke dalam mulut dan telan.

Band 2 maksudnya budak tu dah tau makan tu apa, dan faham dengan maksudnya.

Band 3 maksudnya budak tu dah boleh makan. Eh. Macam senang je nak dapat band 3 kan. Hahaha..

Band 4 maksudnya, makan dengan tangan kanan, di meja makan dan duduk atas kerusi.

Band 5 pulak maksudnya, semua yang di atas dan boleh baca doa sebelum dan selepas makan.

Dan yang tertinggi dalam kelasnya, Band 6, maksudnya, lepas buat semua yang atas tu, dia boleh siap basuh pinggan.

Itulah lebih kurang analoginya.


Jadi, soalan saya pada suami saya adalah: macammana nak relate dengan subject Maths pulak?

Jawapan suami saya, kalau dah basuh buku tu, kira dah band 6 lah. Wahahaha.. biasa lah, kitorang memang suka bagi soalan-soalan manja.

Untuk cikgu-cikgu KSSR yang terserempak dengan artikel ni, mohon betulkan kalau tersalah ya. Tapi yang pasal basuh buku tu kitorang main-main je.

Bye dan jumpa lagi!

Rujukan:


Corat-Coret, Anak-anak Kita, Kisah Saya | 4 Comments
 

sepuluh
Friday, October 19, 2012
Posted on 8:51:15 AM | 8 Comments

alhamdulillah.
terima kasih sebab selalu ada. selalu berkongsi rasa.


Corat-Coret, Kisah Saya | 8 Comments
 

oktober. bulan cinta.
Monday, October 01, 2012
Posted on 10:38:08 PM | 0 Comments

nanti orang kata biarlah tiap-tiap bulan, bulan cinta.

oklah.

tiap bulan pun bulan cinta.
tapi oktober lebih sikit.

saya suka oktober.
sebab di dalamnya ada cinta.


Corat-Coret, Kisah Saya | 0 Comments
 

Adam & Harez
Saturday, September 29, 2012
Posted on 8:49:34 AM | 4 Comments

Suka tengok gambar Adam & Harez pakai baju sama-sama ni.
Hari ni Harez tepat-tepat 4 bulan.
Adam pulak 9 bulan 10 hari.

Semoga keduanya membesar sebagai anak yang soleh
dan membawa kebaikan kepada agama dan bangsa.


Corat-Coret, Anak-anak Kita, Kisah Saya | 4 Comments
 

Sibuk
Tuesday, September 25, 2012
Posted on 10:16:20 AM | 4 Comments

Lama tak update blog. Lama tak cerita pasal diri sendiri.

Sibuk.
Tu saje alasan yang saya ada.
Mula selepas raya, tiap-tiap hujung minggu sibuk dengan open house (rumah orang lah, bukan rumah saya), kenduri saudara-mara, dan macam-macam. Rasa macam tak cukup hari.

Tapi memang seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai macam tu. Bukan selalu pun. Banyak cerita yang dikongsi. Walaupun selama ni intai-intai cerita ikut facebook, tapi bila cerita berdepan lagi penuh makna. Penuh ekspresi. Lagi best bila usik-mengusik.

Tak ada apa cerita saya. Semuanya biasa-biasa saja. Anak kecik saya semakin membesar. Dan perlukan banyak perhatian. Dan kerja pun perlu banyak perhatian.

Sebab itu saya sibuk.


Corat-Coret, Kisah Saya | 4 Comments
 

Salam Aidilfitri.
Friday, August 17, 2012
Posted on 8:01:42 AM | 1 Comments


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maafkan segala kesilapan dan kekurangan.

Hati-hati dijalan raya ya!



Corat-Coret, Kisah Saya | 1 Comments
 

{ Older Post }



Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server