HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Craftzone

Photobucket vs Imagshack vs Flickr
Tuesday, May 18, 2010
Posted on 2:23:18 PM | 6 Comments

Akan ada beberapa gambar dari blog saya ni yang akan hilang dari pandangan tak berapa lama lagi. Dan akan muncul semula di bulan Jun. Kerana bandwith di photobucket saya sudah hampir mencapai limit.

Tadaa!!

Macam kesian, kan? Huhu! Padahal baru je tengah bulan...

Untuk sesiapa yang letak banner Craftzone Malaysia pada blog masing-masing, usaha anda sangat-sangat dihargai. Minta maaf banyak-banyak kalau gambar nanti jadi out of coverage. Kalu rajin, boleh tukar dengan url baru di bawah.

URL: http://img185.imageshack.us/img185/640/czm1.jpg

URL: http://img402.imageshack.us/img402/6362/miniczm.jpg

---

Antara Photobucket, Imagshack, Flickr, mana yang kamu suka?

Kalau ikutkan saya suka Flickr. Saya guna Flickr untuk gallery saya. Untuk gambar-gambar yang saya rasa cantik. Untuk free account, boleh view 200 gambar je. Tapi kalau direct access boleh je banyak mana pun, cuma susah lah nak track balik. Saya suka Flikr sebab boleh generate banyak saiz dan kualiti gambar yang sangat baik. Saya pun suka search gambar orang cantik-cantik. Memang saya sukalah!

Saya guna photobucket untuk gambar-gambar selain craft di blog saya. Untuk separatekan bandwidth. Saya tak sangka pun saya akan capai maximum bandwidth tu, tapi dah 2 kali jadi bila hits pada gambar tu tiba-tiba banyak, terutamanya banner-banner craftzone. User interface dan album tak seelok Flickr, tapi lebih elok dari Imageshack.

Saya guna Imageshack bila first time bandwidth Photobucket saya penuh. Senang. Takde limitation. Ok ada, cuma susah nak capai limitation tu sebab dia kira by day, bukan by month macam Photobucket. Tapi user interface agak serabut sikit. Tapi ok lah. Bukan susahkan saya pun. Asalkan gambar-gambar saya selamat. Cuma saya perasan dia reduce sikit kualiti gambar.


Corat-Coret, Craftzone, Kisah Saya | 6 Comments
 

Karnival WOW Putrajaya 2010
Sunday, February 21, 2010
Posted on 10:15:54 PM | 20 Comments

bertempat di tapak pasar tani percint 2 putrajaya.

hasil quilt zila.

wrislet yang comel-comel dari zura & angah.

siapa agaknya belakang zura tu?

zura & angah yang bertungkus-lumus.

deretan baju kurung.

klfm yang menjadi raja lawak pada kedua-dua hari.
betul-betul di depan gerai. memang sangat terhibur.


Corat-Coret, Craftzone | 20 Comments
 

Craftzone MY di Facebook!
Friday, February 05, 2010
Posted on 4:29:29 PM | 5 Comments

Untuk yang masih belum tahu, sudah ada satu group Craftzone MY di facebook ya. Silalah jangan malu-malu join. Klik saja badge di bawah ni.

Craftzone MY on Facebook

Terima kasih banyak-banyak atas sokongan semua!

Support handmade!


Corat-Coret, Craftzone, ~ The Craft Links | 5 Comments
 

CraftZone MY Market 2010
Wednesday, January 20, 2010
Posted on 11:52:51 AM | 9 Comments

Craftzone Malaysia akan menganjurkan pasar kraftangan indie pada April 2010. Untuk maklumat lanjut sila ke http://craftzone-my.blogspot.com/.

Ini adalah yang pertama untuk Craftzone MY dan semua pembuat kraftangan adalah dijemput untuk ikut serta. Nak share-share booth pun ok.


Corat-Coret, Craftzone | 9 Comments
 

Craftzone-My Makeover
Saturday, December 05, 2009
Posted on 11:09:54 PM | 6 Comments

CraftZone Malaysia - Malaysian Crafter Blogs

dah bosan rasanya tengok banner sebelum ni. harap-harap semua suka macam saya suka (poyo puji diri sendiri). untuk yang rasa macam tersesat, tidak, kamu tidak tersesat. masih berada di tempat yang sepatutnya. sila gali dalam-dalam, pasti kamu jumpa mana-mana yang berkenan.

kalau kita excited kan, kita susah nak tidur kan? hah! macam tu lah saya sekarang ni. excited nak tau feedback dari orang lain. macam lah ada orang nak bagi feedback. eerrr.... oklah.. oklah..

haha! enjoy your stay!


Corat-Coret, Craftzone, Web Site | 6 Comments
 

Craftzone
Sunday, April 19, 2009
Posted on 3:27:39 PM | 12 Comments

sebab dah semakin ramai kawan-kawan secraft saya, dan ada banyak link craft dalam simpanan saya, maka saya buatkan satu page untuk segala link berkenaan craft di http://craftzone-my.blogspot.com. dan dah saya sematkan banner comel ni di sebelah kanan blog saya supaya senang untuk saya access. link-link ni akan sentiasa di update mengikut keperluan. sila beritahu kalau link anda belum tersenarai.

saya juga menjemput kawan-kawan secraft mahu pun tidak secraft (apa ayat saya ni, tapi maksudnya kalau tak buat craft pun silalah nak letak banner ni pun, tak ada masalah) saya untuk turut serta mempamerkan banner ni di blog masing-masing supaya ia lebih glemer blink blink senang di access di mana jua. bagaimana caranya, sila klik link itu.

selamat berkraf!


Corat-Coret, Craftzone, Favorites | 12 Comments
 



Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server