HOME
 
MADE BY MAYA
 
ABOUT
 
GALLERY
 
 
Ceritus

Menanam Bawang di Tepi Tingkap
Friday, January 24, 2014
Posted on 4:39:29 PM | 3 Comments



Memang menarik kan idea ni. Boleh tanam pokok-pokok lain pulak.

Pokok?
Pokok pelam?

Link kat bawah ni ada tunjuk cara-cara nak tanam bawang botingkek-tingkek nih:

auntiedogmasgardenspot.wordpress.com

Selamat berkebun!


Corat-Coret, My Garden, Ceritus | 3 Comments
 

Idaman #2014
Monday, January 13, 2014
Posted on 12:22:07 PM | 1 Comments


Corat-Coret, Kisah Saya, Ceritus | 1 Comments
 

Melly dah darjah satu.
Wednesday, January 08, 2014
Posted on 5:21:42 PM | 2 Comments

Pejam celik. Pejam celik. Pejam lagi. Celik lagi.
Melly dah pun masuk darjah satu.

Hari pertama memang excited. First time beratur pada perhimpunan. Alhamdulillah. Tak ada banyak masalah. Dah biasa sekolah kan. Cuma Melly cakap, dia sedih sikit. Sebab nak duduk dekat mama. Perjalanan hidup masih panjang, Melly.

Si Marsya budak yang duduk sebelah Melly siap check beg Melly. Keluarkan semua buku tulis yang saya bawakkan. Lepas tu dia tolong tuliskan nama kelas untuk semua buku Melly tu. Sebenarnya saya saja tinggalkan space biar Melly tulis sendiri. Marsya dah tak sabar agaknya. Haha..

Masa rehat pagi Melly makan bekal. Tapi Melly makan lambat, sempat makan dua ketul nugget je. Melly kena belajar makan laju-laju tapi jangan sampai tercekik. Masa rehat sekolah petang Melly beli nasi goreng sendiri sebab saya sampai sekolah untuk waktu rehat dah terlambat. Melly beli air sendiri.

Hari kedua sekolah, Melly dah survive sendiri. Rehat saya tak datang jenguk. Tengahari ke transit pun saya tak follow. Rehat petang pun saya tak tengok. Cuma bila balik saya suruh Melly update.

Rupanya duit Melly yang bawak dari pagi dah hilang. Masa nak ke sekolah petang, Melly bagitau abang, abang bagi RM1.50. Pandai abang. Abang dah pandai pegang tanggungjawab. Balik rumah tak mengadu pun duit kurang ke apa. Good job abang.

Hari ketiga sekolah, Melly kata Melly tak belajar kat sekolah petang sebab Melly terbawak beg sekolah pagi. Haha.. Belum kenal beg lagi. Tak apelah. Ustazah tak marah pun, Melly kata.

Hari kelima Melly menangis masa bersiap ke sekolah. Saya tanya kenapa.
Jawapnya "Melly tak nak sekolah."
"Ada orang kacau Melly ke?"
Melly geleng sambil jawab, "Melly ngantuk. Melly nak tidooo.."
Oh..

Nasib baik Melly jenis senang dipujuk. Terus semangat pergi sekolah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata-mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Amin.


Corat-Coret, Anak-anak Kita, Ceritus | 2 Comments
 

Tahniah Datuk Lee Chong Wei
Monday, August 06, 2012
Posted on 6:57:32 AM | 0 Comments

Skills win you medals,
but attitude wins hearts.



Corat-Coret, Motivation, Ceritus | 0 Comments
 

Al-Fatihah
Tuesday, July 05, 2011
Posted on 8:23:26 AM | 2 Comments

Al-Fatihah buat Allahyarham Abang Di yang pulang ke Rahmatullah pada 21 May 2011.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Amin.


Corat-Coret, Ceritus | 2 Comments
 

june
Wednesday, June 01, 2011
Posted on 7:34:17 AM | 6 Comments

saya suka june.
sebab di dalamnya ada birthday saya.

*wink*wink*


Corat-Coret, Monolog, Ceritus | 6 Comments
 

Kawan
Tuesday, May 31, 2011
Posted on 8:37:04 AM | 4 Comments

Kadang-kadang kawan tu macam MAGGI,
time susah kita cari..

Kadang-kadang kawan tu macam CHIPSMORE,
sekejap ada sekejap takda..

Kawan juga kadangkala macam ASTRO,
macam macam ada..

Tetapi buatku, kawan tu seperti L'OREAL,
...kerana dirimu begitu berharga...

.

ahhh... saya rindu kawan-kawan saya.
kawan, dimana kamu?


Corat-Coret, Monolog, Ceritus | 4 Comments
 

Salam Merdeka
Tuesday, August 31, 2010
Posted on 12:01:30 AM | 2 Comments

Saya bersyukur saya dilahirkan di Malaysia.
Aman dan sentosa.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53!
Salam 1 Malaysia


Corat-Coret, Ceritus | 2 Comments
 

ikan huru-hara
Sunday, January 31, 2010
Posted on 8:05:08 PM | 10 Comments

akuarium tu asalnya tenang. dengan kebanyakannya ikan gapi. jadi, sebab tenang sangat, ingat nak bagi ceria sikit, letaklah ikan yang aktif sikit.

tambahlah 10 ekor ikan lain. ikan tiger namanya.

sekali jadi huru-hara ada.

ikan gapi duduk kat atas tu kadang-kadang berenang laju ketakutan bila sesekali dikejar ikan tiger.

ada juga ikan gapi yang terkedek-kedek, sudah kehilangan ekor.

memang huru-hara jadinya. dah nama pun tiger.



Corat-Coret, Ceritus, Kisah Saya | 10 Comments
 

belanja sekolah adalah rm50 sehari
Tuesday, January 19, 2010
Posted on 9:57:45 AM | 16 Comments

ayah kita kata, zaman dia sekolah dulu, belanja 5 sen sehari dah cukup mewah. selalunya cuma bawa bekal dari rumah.

zaman kita pulak, 50 sen cukup untuk sekolah pagi dan petang. kadang-kadang bawa bekal.

zaman anak kita sekarang ni, rm5 adalah untuk sekolah pagi dan petang. malu pula nak bawa bekal.

jadi, andai kata graf adalah mengikut generasi, zaman anak kepada anak kita (dengan izin Tuhan), belanja sekolah adalah rm50 sehari.

hah? rm50 sehari? kalau dalam sebulan sekolah adalah 22 hari, adalah bersamaan dengan rm1100. itu belum cerita pasal mewah. bekal? apa tu?

*pengsan*


Corat-Coret, Anak-anak Kita, Ceritus | 16 Comments
 

{ Older Post }



Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License

My CrazyArtZone 2007-2017. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server