Friday, May 18, 2012
Posted on 9:29:42 AM |
0 Comments
Masih menanti.
Yang belum mahu menunjukkan diri lagi.

Corat-Coret, Kisah Saya |
0 Comments
|
|
|
|
|
|
![]() |
||||
|
may. penantian.
Friday, May 18, 2012 Posted on 9:29:42 AM | 0 Comments
Masih menanti.
kadang-kadang
Monday, April 30, 2012 Posted on 8:08:25 AM | 3 Comments
update facebook, jarang-jarang
Kisah Rini
Tuesday, February 28, 2012 Posted on 6:34:34 AM | 3 Comments
Seperti yang saya janjikan tempoh hari (cewah! macam ya ya sangat kan? haha!), ini saya cerita sikit pasal buku Syahadah Gadis Ateis. ![]() "Semua Orang bercakap mengenai Tuhan.Tuhan itulah. Tuhan inilah. Semua orang ingin saya menyembah Tuhan. Tetapi, saya tidak akan menyembah Tuhan yang saya tidak kenal dan nampak. Buktikan Tuhan itu ada." Itu antara persoalannya. Bagaimana mahu melihat Tuhan?
Saya suka pada cara penyampaian dan penjelasan jawapan-jawapan kepada persoalan kritis Rini. Beza ustaz makan gaji, ustaz halal haram dan ustaz pewaris nabi dan pentingnya peranan masing-masing dalam setiap lapisan masyarakat. Tentang kejadian alam menurut Bible dan al-Quran.
Perlunya kita sebagai khalifah di muka bumi ini menguasai ilmu matematik, sains, ilmu bahasa, hadis, sejarah, geografi, kaji bumi, ekonomi, politik, astronomi, fizik, kimia, biologi dan banyak lagi ilmu yang diketahui wujud atau belum diketahui wujud buat masa sekarang untuk memahami ayat al-Quran. Dan banyak lagi yang dirungkai. Penerangannya santai dan tanpa mendesak, tapi cukup untuk kita berfikir sedalam-dalamnya. Ya Allah. Betapa kerdilnya diri ini.
Blog Penulis: Imran Haaz
Dalam Kenangan
Monday, February 27, 2012 Posted on 7:21:52 AM | 12 Comments
Kampungku indah permai
Dan ini gambar terbaru yang saya ada.
Hampir saja saya tak kenal pada mulanya.
Anak tangga dari ruang tamu ke ruang dapur.
Ruang bilik utama dan juga selalu menjadi bilik pengantin.
Ma Yan, Delisa dan Rini
Thursday, February 16, 2012 Posted on 8:19:01 AM | 10 Comments
![]() Saya baru beli buku-buku ni. Saya rasa ramai yang dah tengok movie Hafalan Solat Delisa tu. Tapi, macam movie-movie adaptation dari buku yang lain, lain feelnya bila baca buku. Bukan sebab pengarahan atau pelakon rasanya. Cuma sebab, bila baca buku, kita boleh baca hati orang, faham hati orang. Jadi feel dia memang lebih. Dan sebab ditulis di dalam buku, jadi ceritanya lebih panjang dan lebih terperinci. Saya baca buku saya menangis. Saya tengok movie pun saya menangis. Anak-anak saya juga menangis. Senyap. Terdiam. Cukup banyak pengajaran dari cerita ni. Belajar tentang sabar. Redha. Kasih sayang. Keikhlasan. Kefahaman. Kesyukuran. Ketabahan. Macam-macam. Ma Yan pula, cerita dari kisah benar (baca sini: Wikipedia dan sini: The Diary of Ma Yan). 15 hari menahan lapar semata-mata mahu memiliki sebatang ball pen. Dan pen itu yang mahu digadai kerana tidak cukup wang untuk membayar tambang traktor yang ditumpang ke rumahnya sejauh 15km kerana hari hampir gelap, demi menjaga maruah ayahnya. Yang biasanya dia hanya berjalan kaki selama 5 jam meredah tanah gersang di penuhi ular berbisa dan juga perompak, biarpun cuma hanya bekalan 5 keping roti untuk makan malam selama seminggu yang dirompak. Ya, setakat pen yang seperti selama ni kadang-kadang kita lupa letak duduknya, dan senang-senang pula berganti-ganti. Mereka hidup di dataran yang kering kontang. Meredah beratus kilometer untuk mencari rezeki, itupun kalau dapat majikan yang baik hati. Entahkan tidak, sia-sia saja pekerjaan selama beberapa bulan, tanpa apa-apa bayaran. Dan naluri ibu juga yang merungkai segalanya. Sewaktu diari Ma Yan diserahkan kepada sekumpulan manusia entah dari mana, tanpa rela. Dan seperti kata Ma Yan, lapar itu adalah teman rapatnya. Kisah ini bukan kisah zaman dahulu-kala. Tapi kisah pada tahun 2001. Tahun kita sudah mengenal internet. Tahun mulanya saya berblog dan mengukir kisah-kisah yang entah apa-apa. Rini. Saya belum habis membaca kisah Rini, si gadis Ateis. InsyaAllah kalau best nanti saya sambung review. Tapi yang saya tahu, banyak sangat pengajaran dari kisah-kisah kanak-kanak dan remaja dari buku-buku ni.
|
most recent commenters. visit them, they rock!
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 License |
||||||||||
|
© My CrazyArtZone 2007-2012. All Rights Reserved. Proudly sponsored and hosted by Net Onboard Virtual Dedicated Server |
|||||||||||